Sambutan Kemerdekaan Malaysia ke-51 2008
Kiriman oleh Pentadbir pada 27 August 2008
Seperti tahun-tahun sebelumnya, menjelang hari kemerdekaan negara iaitu pada tarikh 31 Ogos, Sekolah Menengah Sains Pokok Sena telah mengadakan sambutan kemerdekaan negara peringkat sekolah untuk memperingati sejarah dan tokoh-tokoh kemerdekaan dan menghayati erti kemerdekaan itu sendiri. Pada tahun ini, terdapat beberapa program yang telah dijalankan seperti nyanyian lagu patriotik, pertandingan kelas berwajah merdeka serta program hari ini dalam sejarah yang membentangkan peristiwa-peristiwa yang telah berlaku sebelum ini.

Perhimpunan khas bagi sambutan kemerdekaan Malaysia ke-51 pada tahun ini pula akan diadakan pada esok hari iaitu pada 28 Ogos sebelum para pelajar dibenarkan pulang bermalam bermula esok sehingga hari Isnin atau Selasa*

*bergantung kepada hari Awal Ramadhan.