Kem Jejak Bestari Tingkatan 4 2008
Kiriman oleh content_admin pada 11 July 2008

Kem Jejak Bestari Tingkatan 4 telah berlangsung pada 4 dan 5 Jun melibatkan semua pelajar tingkatan 4. Kem ini merupakan kem motivasi yang diketuai oleh Sir Izzat Che Baharom bersama rakan-rakan(para fasilitator) yang merupakan bekas pelajar SAINA, batch 04 dan 05. Antara yang hadir adalah Muhamad Fauzi(abg Ucu),Muhammad Izkar, Muhammad Afif Asyraf, KhairulNizam, Zuljalal,Iskandar, Nur Bazilah(kak Azi), Auni Salha, Zawiyah, Aishah, Afifah Athirah, Mashitah dan ramai lagi. Kem ini dimulakan dengan sesi ice breaking untuk membahagikan para pelajar kepada kumpulan dan setiap kumpulan diketuai oleh 2 atau 3 orang fasilitator. pelbagai aktiviti diadakan seperti sharing moments, motivation sessions, tayangan video-video, aktiviti multiple sets of intellingence, kerjaya pilihan, pembentangan kumpulan, dan banyak lagi. Apa yang membanggakan semua warga Visionera memberikan komitmen yang sangat cemerlang sepanjang kem ini. Penutupan kem ini dirasmikan oleh Ayahanda Tuan Pengetua Kanan, Tn Hj Jamaluddin B Ariffin. Majlis penutupan diserikan lagi dengan bacaan ikrar oleh semua warga Visionera.