Cuti Pertengahan Tahun Bermula
Kiriman oleh content_admin pada 21 May 2008
CUTI SEMESTER 1 bermula pada 22 Mei 2008. Semua pelajar SAINA sudah tidak sabar untuk pulang bertemu ayah bonda, abang,kakak dan adik serta sanak saudara. Maka genaplah semua pelajar menjalankan tanggungjawab sebagai pelajar selama hampir 5 bulan di sekolah. Pelbagai aktiviti dan program telah dianjurkan sepanjang semester pertama ini. Diharap semua pelajar SAINA akan memanfaatkan cuti yang panjang ini dengan baik. Tidak lupa juga, kerja-kerja rumah yang telah dibekalkan dapat disiapkan mengikut jangka masa yang telah ditetapkan oleh guru masing-masing. Akhir kata,

'Selamat bercuti dan bergembira'
'Jagalah kesihatan dan keselamatan anda, ingatlah orang yang tersayang'

Dapatkan rehat secukupnya dan semoga bersedia kembali ke sekolah pada 7 Jun 2008. Sesungguhnya semester 2 nanti akan lebih mencabar,sibuk dan mendebarkan kerana peperiksaan-periksaan penting iaitu PMR dan SPM kian tiba.Wassalam.