Hoki SBP Zon Utara
Kiriman oleh content_admin pada 14 May 2008
Pada 1 Mei 2008 lalu, pasukan hoki SAINA telah menghantar 2 pasukan hoki bawah-16 ke Sekolah Menengah Sains Syed Putra, Perlis untuk mewakili sekolah ke peringkat zon utara bagi zon Hari Kejohanan Sekolah Berasrama Penuh Peringkat Zon Utara.

Pasukan SAINA terdiri daripada 12 orang setiap pasukan. Selama 3 hari bertempur, pasukan SAINA lelaki telah berjaya merangkul gelaran naib johan bagi Hari Kejohanan Sekolah Berasrama Penuh Peringkat Zon Utara.

Mereka akan meneruskan perjuangan ke peringkat kebangsaan di Sekolah Tun Fatimah pada 12 Jun nanti.

Diharapkan pasukan SAINA akan tegar meneruskan kesinambungan kejayaan ini di Sekolah Tun Fatimah.

Sekian, majulah HOKI untuk SAINA