Hari Kerjaya dan Keusahawanan Pelajar 2008
Kiriman oleh content_admin pada 30 April 2008
Hari Kerjaya dan Keusahawanan Pelajar Sekolah Menengah Sains Pokok Sena 2008 telah berlangsung pada 29 April 2008. Perasmian Hari Kerjaya dan Keusahawanan dirasmikan oleh YB Dato' Syed Sobri b Syed Hashim. Terdapat pelbagai aktiviti telah dianjurkan pada hari tersebut antaranya ialah pameran IPTA/IPTS, pameran buku,pameran Bomba Malaysia,pertandingan mewarna pra-sekolah, Fifa World Cup PS2, dan jualan makanan dan minuman.Selain itu, Pusat Zakat turut dijemput dan pemeriksaan kesihatan turut diadakan. Sesungguhnya, Hari Kerjaya dan Keusahawanan ini benar-benar memberi faedah kepada semua pihak. Selain dapat melatih para pelajar untuk menjadi usahawan berjaya pada masa depan, para pelajar dapat juga menambah ilmu pengetahuan melalui pameran-pameran yang telah diadakan. Sesungguhnya suasana meriah pada hari tersebut amat mewarnai Hari Kerjaya dan Keusahawanan Pelajar. Pengunjung-pengunjung yang hadir turut memeriahkan suasana pada hari tersebut. antara sekolah yang hadir adalah SBPi Kubang Pasu, SMK Pokok sena,SK Wan Abdul Samad dan banyak lagi. Bekas Pelajar SAINA juga turut hadir memeriahkan hari tersebut. Jualan makanan dan minuman oleh unit beruniform dan badan-badan khas teramat mendapat sambutan. Promosi pendrive 1 dan 2 GB dan optical mouse juga diadakan oleh Badan Khas Briged Bestari SAINA dengan harga yang amat berpatutan. Terdapat ramai pelajar dan guru tidak melepaskan peluang keemasan ini untuk mendapatkan pendrive yang berkualiti. Akhir kata, semoga Hari Kerjaya dan Keusahawanan yang seterusnya akan lebih meriah dan berjaya.


Berita Tambahan
JUNJUNGAN PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi apresiasi kepada semua urusetia yang telah bertungkus-lumus dan memerah keringat demi menjayakan Hari Kerjaya dan Keusahawanan Pelajar 2008.
Jutaan terima kasih kepada Lembaga Pengawas, Unit Bimbingan Kaunseling dan Briged Bestari Sekolah Menengah Sains Pokok Sena yang telah banyak menyumbang tenaga,masa mahupun idea demi memastikan hari tersebut dengan gemilangnya.
Pengarah Projek Hari Kerjaya dan Keusahawanan Pelajar 2008, Muhammad Syamsuria b Abd Daim, tahniah diucapkan kerana berjaya mejalankan hari gemilang tersebut.
Terima kasih juga diucapkan kepada semua pelajar SAINA yang telah memberi kerjasama dan komitmen yang baik demi menjayakan Hari Kerjaya dan Keusahawanan Pelajar 2008. Guru-guru juga tidak dilupai, ribuan terima kasih diucapkan diatas sokongan dan bimbingan sepanjang menjayakan hari gemilang tersebut.Akhir kata,

'USAHAWAN JAYA BERTERASKAN MINDA KELAS PERTAMA'.