Bola Keranjang HKSBP - Pasukan Lelaki dan Perempuan SAINA berjaya ke peringkat kebangsaan
Kiriman oleh Pentadbir pada 21 April 2008
Setelah tiga tahun menyepikan diri, akhirnya pasukan bola keranjang lelaki SAINA berjaya menonjolkan kehebatan semula setelah berjaya ke HKSBP peringkat kebangsaan. Kegemilangan pasukan bola keranjang lelaki ke atas SMS Sultan Mohammad Jiwa, SMS Raja Tun Azlan Shah dan SMS Tuanku Syed Putra menempatkan pasukan SAINA lelaki di tangga kedua dalam peringkat kumpulan, seterusnya melayakkan SAINA ke peringkat kalah mati, bertemu SMS Teluk Intan. Kejayaan SAINA mendahului SEMESTI dalam pusingan 'sudden death' membawa SAINA ke final bertemu MCKK, namun SAINA kecundang bertemu dengan pasukan MCKK yang sememangnya digelar pasukan gergasi bola keranjang dalam kalangan SBP.

Pasukan bola keranjang perempuan SAINA menunjukkan aksi yang cemerlang apabila berjaya menembusi segala halangan untuk terus ke peringkat final bertemu tuan rumah, SERATAS. Segala keringat dikerah namun pasukan bola keranjang perempuan SAINA telah ditundukkan. Walaupun begitu, kedua-dua pasukan tetap berjaya ke HKSBP kebangsaan yang bakal diadakan pada bulan Mei di SMSAH.

Pasukan bola keranjang lelaki dan perempuan amat berterima kasih kepada semua pihak yang memberikan sokongan, terutamanya warga SAINA dan pasukan bola keranjang MCKK, termasuk Mr.Liew(jurulatih MCKK) yang berkerjasama dalam meningkatkan prestasi SAINA dalam permainan bola keranjang.

MCKK Cagers dan SAINA Ablaze - Pemain Zon Utara yang bakal ke HKSBP di SMSAH
MCKK Cagers dan SAINA Ablaze - Pemain Zon Utara yang bakal ke HKSBP di SMSAH