Program Mentor-Mentee SMSPS 2008
Kiriman oleh Pentadbir pada 28 January 2007
Unit Bimbingan Kaunseling SAINA telahpun mengatur satu lagi program yang dijalankan pada setiap tahun, iaitu Program Mentor-Mentee. Melalui Program Mentor-Mentee, setiap guru di SAINA akan menjadi mentor dan dipertanggungjawabkan untuk mengetuai sebilangan pelajar. Guru-guru perlu memainkan tanggungjawab dalam menyelesaikan masalah mentee mereka terutama dari segi kebajikan dan juga akademik bagi memastikan mereka berjaya dalam pelajaran.