Briged Bestari di International APICTA 2007 Singapore
Kiriman oleh Pentadbir pada 30 November 2007
Bermula 26 November 2007, lima wakil pasukan Briged Bestari telah dihantar ke Singapura sebagai wakil Malaysia untuk menyertai International Asia Pacific ICT Alliance(APICTA) Award 2007 bagi kategori Projek Sekolah Menengah.

Malaysia turut diwakili oleh Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya dan Foon Yew High School, Kulai, Johor. Briged Bestari telah membawa projek Portal SAINA ke sana setelah berjaya menerima Anugerah Merit Projek Sekolah Menengah dalam MSC Malaysia APICTA 2007. Briged Bestari juga....(baca lagi)


Pasukan SAINA APICTA Award Singapore 2007
Pasukan Briged Bestari di hadapan Singapore Management University(SMU)


Berita Tambahan
Briged Bestari dijadualkan mempersembahkan projek mereka pada pagi 27 November, pada pukul 9.05 pagi di Room 3, Singapore Management University(SMU) yang hanya beberapa ratus meter dari tempat penginapan, Rendevzous Hotel. Sewaktu persembahan di dalam bilik yang kecil, Briged Bestari cuba meyakinkan para juri tentang kebaikan dan kehebatan projek mereka dalam masa singkat yang diperuntukkan, iaitu hanya 20 minit, manakala 10 minit diperuntukkan kepada juri untuk bertanya lebih lanjut tentang projek tersebut. Antara soalan yang ditimbulkan adalah berkenaan bagaimana pengurusan portal dilakukan, sistem pencegah godaman(hacking prevention system), dan sebagainya.

Pada malam 29 November, suatu majlis jamuan besar-besaran atau "APICTA Award Gala Dinner & Awards Presentation Ceremony" telah diadakan dan dihadiri oleh semua peserta diadakan di Rasa Sentosa Resort, di Pulau Sentosa, Singapura. Turut hadir pada malam tersebut ialah Presiden APICTA, dan juga beberapa selebriti Australia yang mengadakan persembahan menarik pada malam tersebut. Pada malam tersebut juga diumumkan pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan di APICTA Award 2007. Malang sekali, Briged Bestari telah gagal meyakinkan para juri dan gagal memperoleh gelaran juara pada APICTA Award kali ini.

Walaupun kalah, Briged Bestari tetap mendapat banyak pengalaman berguna dalam APICTA Award kali ini. Diharapkan SAINA akan terus berpeluang bersaing dalam APICTA Award tahun-tahun hadapan.

Bersama wakil Australia
Bergambar bersama wakil dari Australia yang turut menyertai APICTA Award kali ini

Tayangan Slaid
Tayangan slaid yang menunjukkan pemenang kategori Sekolah Menengah, APICTA 2007