Briged Bestari berjaya mendapat tempat ke-2 dalam MSC APICTA
Kiriman oleh content_admin pada 26 October 2007
Briged Bestari Sekolah Menengah Sains Pokok Sena sekali lagi berjaya dalam mengharumkan nama SAINA di mata negara. Dalam pertandingan MSC APICTA yang lalu. Briged Bestari telah menghantar penyertaan seramai 5 orang iaitu Afif Najib, Al-Amin, Amir Abd Fattah, Fawza Sabila dan Fawza Nabila sebagai wakil keluarga Briged Bestari untuk mempersembahkan Pterocarpus Online di hadapan juri-juri profesional setelah berjaya melepasi peringkat saringan ke peringkat final.

Pengumuman kejayaan Briged Bestari SAINA telah dilakukan di Nikko Hotel, Kuala Lumpur pada 25 Oktober yang lalu. Hadiah disampaikan oleh Tan Sri Halim bin Ali. Dengan ini, SM Sains Pokok Sena akan mewakili Malaysia ke Asia Pacific ICT Award (APICTA) 2007 yang akan berlangsung di Singapura pada 26-30 November 2007. Untuk pengetahuan semua, Pterocarpus Online telah berjaya memenangi tempat pertama untuk Anugerah ICT Piala Menteri Besar Kedah pada Karnival ICT Kedah 2007 yang diadakan pada bulan Jun yang lalu.

Pihak Briged Bestari ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kerana sokongan semua pihak termasuk daripada ALUMNI, guru-guru, pelajar dan juga ahli Pterocarpus Online.