Pterocarpus Online berjaya ke final MSC Apicta
Kiriman oleh asPiRe pada 06 September 2007
Setelah ahli Briged Bestari berjaya membawa nama Pterocarpus Online di peringkat Kedah dalam Anugerah Inovasi ICT Piala Menteri Besar pada 10 Jun yang lalu, sekali lagi Briged Bestari berjaya membawa Pterocarpus Online ke peringkat akhir Anugerah Projek ICT Sekolah Menengah Terbaik dalam MSC Apicta(MSC Malaysia Asia Pacific ICT Awards). Pertandingan ini akan diadakan di Cyberjaya pada 12 September 2007. Sama-samalah doakan kejayaan Briged Bestari demi SAINA yang tercinta.