Minggu 40: 02 Okt 2016 08 Okt 2016
Kiriman oleh journalist pada 04 October 2016

Minggu 40: 02 Okt 2016 –  08 Okt 2016

Tema : Hidup Biar Berjasa

Pengurusan bertugas : PK dan GK TV

Guru Bertugas :

1. Zuraini binti Wahab

2. Cik Fazilawati bt. Che Omar

 

 

Perkara

Tarikh/Masa

Tempat

1

Perjumpaan Pelajar Tingkatan 5 dan waris  dengan Pengetua dan Guru-guru PUKAT 5

02 Okt  2016

2.00 petang

Dewan Seri Angsana

2

Peperiksaan Percubaan Kedah Tingkatan 5

03 Okt  2016

 

Dewan Seri Angsana

3

Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 4

04 Okt  2016

 

Bilik Kuliah

4

Mesyuarat Jabatan Sains dan Matematik

04 Okt  2016

 

 

Bilik Seminar

5

Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam, P. Moral dan sejarah

05 Okt  2016

 

BKG

 

Hidup Biar Berjasa, Mati Biar Mulia


Berita Tambahan

Hidup Biar Berjasa, Mati Biar Mulia

 

Pernahkah anda mendengar nama Adnan Menderes? Adnan Menderes adalah anak kepada seorang tuan tanah di Aydin,Turki yang telah dilahirkan pada 1891 di penghujung era Daulah Uthmaniyah. Beliau adalah seorang graduan di bidang perundangan daripada Law School of Ankara University.

Dengan bakat kepimpinannya yang tinggi, beliau telah dibawa masuk ke dalam Republican People’s Party (RPP) oleh pemimpin utamanya Mustafa Kamal Atatürk pada tahun 1935. RPP yang merupakan parti kerajaan pemerintah adalah satu-satunya parti yang legal di Turki pada ketika itu.

Namun begitu Adnan Menderes telah disingkirkan daripada RPP pada tahun 1945 kerana sikap tegasnya yang menentang polisi Atatürk. Beliau kemudiannya menubuhkan Democrat Party (DP) bersama rakan-rakannya setelah Turki memperkenalkan sistem berpolitik yang lebih terbuka dengan kepelbagaian parti politik yang berdaftar.

Democrat Party menang pada PRU terbuka pada tahun 1950 dan Adnan Menderes telah dilantik menjadi PM selama 10 tahun dengan membawa banyak kemajuan kepada Turki. Kesungguhannya untuk mengembalikan Turki kepada sistem yang lebih Islamik telah dibuktikan apabila beliau berjaya membawa banyak perubahan yang positif.

Di antaranya ialah:

  1. Azan kembali dilaungkan dalam bahasa Arab (dalam bahasa Turki di zaman Ataturk)
  2. Membuka kembali ribuan masjid-masjid di seluruh negara yang telah ditutup di sepanjang era pemerintahan Atatürk
  3. Kerajaan Turki mula membina kembali hubungan dengan negara-negara Arab dan negara-negara Islam
  4. Membuat perubahan polisi ekonomi yang memberi keadilan kepada segenap lapisan masyarakat termasuk golongan bawahan
  5. Bahkan pernah dalam ucapannya di Parlimen Turki, beliau mengatakan bahawa perundangan Islam boleh dikembalikan sekiranya majoriti ahli-ahi parlimen ingin berbuat demikian.

Polisi beliau yang semakin popular di kalangan masyarakat awam ini juga telah turut disokong oleh Cemal Gürsel, Ketua Turus Angkatan Tentera Turki. Namun polisi ini telah ditentang sekuat-kuatnya oleh golongan sekuar di kalangan para intelek, para mahasiswa dan pemimpin radikal tentera yang pro Kemalist pada ketika itu.

Pada 27hb Mei 1960, satu revolusi tentera yang diterajui oleh 37 pemimpin muda tentera telah menggulingkan kerajaannya dan Adnan Menderes adalah di antara tokoh yang telah ditangkap. Beliau kemudiannya telah dikenakan hukuman gantung di atas dakwaan menentang perundangan sekular Turki yang pro-Kemalist (Mustafa Kamal Atatürk).

Namun begitu, kehebatan dan kemuliaan usaha-usaha Adnan Menderes telah diiktiraf semula 29 tahun selepas beliau digantung. Bersempena dengan aniversari ke 29 tahun beliau digantung, maka pada 17 September 1990 kerajaan baru Turki yang telah dilantik secara demokrasi telah mengubah pendirian Parlimen terhadap Adnan Menderes. Parlimen dengan secara rasminya telah mengiktiraf sumbangan Adnan Menderes secara rasminya

Bahkan jasa-jasanya turut dikenang melalui penamaan semula pelbagai institusi seperti Adnan Menderes University di Aydin, Adnan Menderes Airport, Adnan Menderes District, Adnan Menderes Road dan sebagainya.