Bengkel Bahasa Inggeris Tingkatan 3
Kiriman oleh journalist pada 19 February 2013

Pada tanggal 15 Februari 2013 bersamaan hari Jumaat yang lalu, Pukat 3 dengan kerjasama guru tingkatan 3 telah mengadakan Bengkel Bahasa Inggeris begi pelajar tingkatan 3, Endeavour  1115. Tujuan bengkel ini diadakan sebagai persediaan awal untuk menghadapi PMR. Semua pelajar serta guru-guru Bahasa Inggeris terlibat bagi menjayakan bengkel ini. Banyak yang dapat kami pelajari daripada bengkel ini seperti teknik-teknik dan cara-cara untuk menjawab soalan bagi kertas 2 Bahasa Inggeris. Setiap pelajar disediakan sebuah modul oleh penceramah cemputan iaitu Encik Mohd Fadzli. Bengkel ini bermula dari pukul 3.15 petang sehingga 5.15 petang. Alhamdulillah, benkel ini berjalan dengan lancar serta mendapat sambutan yang amat menggalakan.