Saringan Kejohanan Olahraga Tahunan 2012
Kiriman oleh gpb saina pada 16 July 2012

Pada 8 Julai 2012 bersamaan hari Ahad yang lalu, Saina telah mengadakan saringan untuk Kejohanan Olahraga Tahunan(KOT) buat kali ke 16. Untuk pengetahuan semua pelajar-pelajar dipertandingkan mengikut kategori masing-masing iaitu kategori 1P/1L bagi pelajar tingkatan 4 dan 5, 2P/2L bagi pelajar-pelajar tingkatan 2 dan 3 dan 3P/3L bagi pelajar tingkatan 1 sahaja. Acara yang disaringkan bagi kategori 3P, 2P dan 1P ialah lontar peluru akhir, 100M suku akhir, lompat jauh akhir, lompat tinggi akhir manakala acara 1500M dan lempar cakera akhir bagi kategori 2P,2L,1L dan 1P sahaja. Acara lain yang disaringkan bagi 3L,2L dan 1L ialah 100M suku akhir.

 

Sumber :Nurul Athirah bt Abu Hassan