Hari Kebudayaan Jepun Peringkat SBP Kali Ke-7
Kiriman oleh journalist pada 27 July 2009
Pada 24 Julai 2009,SAINA telah menghantar enam orang wakil pelajar Bahasa Jepun dari tingkatan empat untuk menyertai Hari Kebudayaan Jepun yang diadakan di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gopeng. Hari kebudayaan tersebut diadakan selama tiga hari di sekolah tersebut dan berakhir pada 26 Julai 2009. Ianya disertai oleh semua Sekolah Berasrama Penuh dari seluruh Malaysia. Pelbagai aktiviti diadakan di sekolah tersebut termasuklah Explorace,Malam kebudayaan dan pelbagai lagi.