Penilaian Menengah Rendah(PMR)2008
Kiriman oleh content_admin pada 02 October 2008
PENILAIAN MENENGAH RENDAH (PMR) bakal menjelang pada 13 Oktober ini. Diharapkan dan didoakan semua warga LITHIUM bersedia 100% untuk menghadapi peperiksaan penting ini. Diharapkan dan didoakan juga semua warga LITHIUM akan dapat menjalani peperiksaan dengan lancar dan menggunakan segala ilmu dan pengetahuan yang ada untuk menjawab soalan-soalan peperiksaan seterusnya mengecap kecemerlangan serta menaikkan prestasi SAINA dalam bidang akademik. Semoga target SAINA MENCIPTA SEJARAH 100% 8A menjadi kenyataan.Insya-Allah..........amin ya rabba~

Guru-guru SAINA, warga Max-Gen, warga Eminent, warga VISIONERA,
warga SuperMassive XII mendoakan kejayaan
seluruh warga LITHIUM.

ingatlah..........

'HARAPAN AYAH BONDA, BANGSA, AGAMA DAN NEGARA
PASTI KAMI TUNAIKAN'


'KEJAYAAN ANDA KEBANGGAAN KAMI'

sekian~