Topik: :: ||| Pterocarpus Online ||| :: Portal Rasmi Sekolah Menengah Sains Pokok Sena :: :: Peraturan & Polisi Forum

Kiriman oleh Fattah pada 21. May 2007 13:39
#1

A'kum wrb,

Peraturan dan Polisi Forum smsps.edu.my



[color=blue]Objektif[/color]

- menjaga kesejahteraan forum.
- mengelakkan perkara-perkara yang tidak disenangi oleh ahli-ahli lain berlaku.

Di harap semua netters dapat membaca, memahami dan mengamalkan etika berforum yang baik.



[color=blue]Buka topik baru[/color]

Sesiapa sahaja ahli berdaftar boleh membuka topi baru tapi mestilah bersesuaian dengan tajuk. Topik yang dilarang sama sekali akan dihapuskan.

Topik yang mempunyai agenda skim cepat kaya atau sistem piramid dan bahan lucah adalah juga dilarang.

Topik yang mengandungi bahan daripada forwarded email adalah tidak digalakkan. Perlu diedit supaya kelihatan kemas.

Sebelum membuka topik baru, sila pastikan topik yang hendak dibuka adalah topik yang belum pernah dan tidak sama dengan topik yang sedia ada.



[color=blue]Balas mesej[/color]

Mesej yang dibalas mestilah mempunyai isi yang sepatutnya. Jika hendak memberi komen sila berikan dengan jelas dan bernas.



[color=blue]Kod Etika[/color]

Setiap ahli berdaftar adalah tertakluk kepada peraturan dan polisi ini.

Segala tutur kata (bahasa) dan tingkah laku haruslah dikawal. Tindakan seperti ban atau dibuang terus dari forum boleh dikenakan bagi yang tidak mengikut peraturan.

Provokasi di antara ahli juga ditegah.



[color=blue]Masukkan Gambar[/color]

Pertama sekali setiap gambar hendaklah diletakkan di dalam mana-mana server.

Peringatan! Gambar hendaklah tidak terlalu besar sehingga menyentuh sensiviti org lain dan gambar mestilah gambar yg sopan.

Kemudian, ketika membuka topik baru atau ketika membalas mesej taip koding seperti berikut:


Code:

Masukkan Flash Movie

Sama prosedur macam nak uploadkan fail cuma berlainan koding:

Code: "<embed src="http://nama_host/nama_fail.swf" width="lebar" height="tinggi"></embed> "



[color=blue]Saiz imej untuk signature[/color]

Saiz imej untuk signature hendaklah mengikut saiz yg dibernarkan dan tidak terlalu lebar.


Sekian.
Kerjasama dan keprihatinan anda amat kami hargai.

Wassalam

Suntingan oleh Fattah pada 21. May 2007 13:40