Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr. Mohd. Zamzam Jaafar memberitahu, anjakan itu juga dilakukan selepas insiden yang melibatkan loji janakuasa nuklear di Fukushima, Jepun pada 2011.

"Memang berdasarkan laporan Program Transformasi Ekonomi 2010, kita menjangka Malaysia bakal memiliki loji janakuasa nuklear pada 2021, namun selepas insiden Fukushima, tempoh tersebut dianjakkan ke 2030.

"Tempoh masa itu akan digunakan bagi menangani persepsi negatif masyarakat umum terhadap pembinaan loji janakuasa tersebut, selain bertujuan mempertingkatkan aspek melibatkan keselamatan," katanya selepas merasmikan Kongres Belia Nuklear 2015 (NYC 2015) di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE