Keputusan PMR 30 Disember
Cetak
Kiriman  PentadbirOleh: PentadbirKirimanpada  23-12-2008 16:26 23-12-2008 16:26 275  Baca 275 Baca

KUALA LUMPUR - Keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) bagi tahun 2008 akan diumumkan pada 30 Disember ini dan semua calon peperiksaan itu boleh mengambil keputusan mereka di sekolah masing-masing mulai pukul 10 pagi.

Menurut Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom, analisis keputusan PMR juga akan diumumkan pada hari yang sama di Putrajaya pada pukul 9 pagi.

Seramai 472,060 calon di seluruh negara telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan PMR yang berlangsung dari 13 hingga 17 Oktober lalu.

Sumber:Klik di sini

Selamat berjaya kepada calon-calon PMR 2008. Semoga anda mendapat keputusan yang terbaik.
Cuti Akhir Tahun Bermula
Cetak
Kiriman  content_adminOleh: content_adminKirimanpada  15-11-2008 11:53 15-11-2008 11:53 335  Baca 335 Baca

Pada tanggal 14 November 2008, maka tamatlah sesi persekolahan bagi tahun ini. Semua pelajar dibenarkan pulang sejurus tamat majlis penutup dan majlis bersalaman yang telah berlangsung di dataran asrama kira-kira jam 10.00 pagi. Beberapa peringatan tentang peraturan sekolah telah diperjelaskan oleh Penolong Kanan HEM, En.Che Mahmud bin Awang. Ucapan dari Ayahanda Tuan Pengetua Kanan SMSPS, En Jamaluddin bin Ariffin.

Akhir kata, selamat bercuti diucapkan kepada semua warga SAINA dan selamat kembali ke sekolah pada 3 Januari 2009. Manfaatkanlah cuti persekolahan ini sebaiknya..

Tidak lupa juga kepada pelajar tingkatan 5 yang masih berjuang dalam peperiksaan SPM, selamat maju jaya.

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008
Cetak
Kiriman  journalistOleh: journalistKirimanpada  12-11-2008 08:22 12-11-2008 08:22 881  Baca 881 Baca 0 Komen 0 Komen

Tanggal 11 November 2008, semua warga SUPERMASSIVE memulakan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Dewan Seri Angsana. Diharapkan dan didoakan semua warga SUPERMASSIVE bersedia 100% untuk menghadapi peperiksaan yang akan menentukan hala tuju setiap calon untuk berjaya.

Kami berharap agar semua warga SUPERMASSIVE dapat menjawab semua soalan dalam keadaan tenang dan senantiasa beringat-ingat dan mencapai keputusan yang cemerlang untuk membawa SAINA yang tercinta ke mata dunia. Amin ya rabbalalamin...

Guru-guru SAINA, warga Max-Gen, warga Eminent, warga LITHIUM,
warga VISIONERA mendoakan kejayaan
seluruh warga SUPERMASSIVE.

'HARAPAN AYAH BONDA, BANGSA, AGAMA DAN NEGARA
PASTI KAMI TUNAIKAN'

'ACHIEVE THE VISION NATION'S TOP 10'

~Selamat Meduduki Peperiksaan~

SAINA raih anugerah di Anugerah TeknoPEN 2008 anjuran BTPN Kedah
Cetak
Kiriman  PentadbirOleh: PentadbirKirimanpada  04-11-2008 12:25 04-11-2008 12:25 326  Baca 326 Baca

Sekolah Menengah Sains Pokok Sena telah merangkul 4 anugerah di Anugerah Teknologi Pendidikan anjuran BTPN Kedah yang berlangsung di PSPN Alor Setar, Kedah Darul Aman pada 3 November yang lalu. Antara anugerah-anugerah yang diterima oleh SAINA:
  1. Anugerah Sekolah Bestari Lima Bintang (JOHAN)
  2. Anugerah SMS Sekolah Paling Aktif (KETIGA)
  3. Anugerah Portal ThinkQuest Paling Aktif (KETIGA)
  4. Anugerah Multimedia Briged Bestari Terbaik (SAGUHATI)
Sekolah Menengah Sains Pokok Sena turut diumumkan berada di tempat ketiga dalam kedudukan Sekolah Bestari Malaysia di peringkat kebangsaan selain tempat pertama bagi seluruh negeri Kedah.
Peserta Kids Witness News SAINA antara 27 peserta terbaik
Cetak
Kiriman  gpb sainaOleh: gpb sainaKirimanpada  28-10-2008 00:12 28-10-2008 00:12 374  Baca 374 Baca

KWN National Contest & Awards Ceremony

Greetings from Panasonic Malaysia.


Congratulations to your KWN Team.

Your video clip has been selected as one of the 27 best video clips by our judges.