Anugerah Tokoh NILAM Negeri Kedah 2008
Cetak
Kiriman  Ryu WatanabeOleh: Ryu WatanabeKirimanpada  14-04-2008 10:33 14-04-2008 10:33 685  Baca 685 Baca 0 Komen 0 Komen

Pada 4 hingga 6 Mac 2008, SAINA telah menghantar seorang wakil, saudara Anas bin Azmi mewakili daerah Kota Star bagi pemilihan Anugerah Tokoh Nilam Negeri Kedah Tahun 2008 Kategori Sekolah Menengah Luar Bandar yang telah diadakan di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kedah.
Kem Penulis Muda Kebangsaan 2008
Cetak
Kiriman  Ryu WatanabeOleh: Ryu WatanabeKirimanpada  14-04-2008 10:32 14-04-2008 10:32 777  Baca 777 Baca 0 Komen 0 Komen

Pada 30 Mac hingga 4 April 2008, seorang pelajar SAINA, Anas bin Azmi terpilih mewakili negeri Kedah ke Kem Penulis Muda Kebangsaan 2008 bertempat di Hotel Putra KL, Kuala Lumpur. Antara aktiviti yang dijalankan ialah lawatan ke Eye On Malaysia, Putrajaya, Perpustakaan Negara Malaysia, serta Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Selain itu, turut diadakan Bengkel Penulisan Berita dan Teknik Mengambil Foto yang dibimbing oleh En. Mohd Fuad Razali, editor Majalah Pendidik dan En Mohd Yusuf Abu Bakar, Pegawai Unit Khas Berita Harian. Para peserta juga sempat berkongsi pengalaman bersana saudara Azali Azlan, pelajar terbaik SPM 2007, angkasawan pertama negara, Dr. Syeikh Muszaphar Syukor serta Faizal Tehrani, seorang penulis novel.
Lawatan Briged Bestari ke CyberSecurity Malaysia.
Cetak
Kiriman  gpb sainaOleh: gpb sainaKirimanpada  27-03-2008 15:12 27-03-2008 15:12 1160  Baca 1160 Baca 0 Komen 0 Komen

Briged Bestari telah mengadakan lawatan ke Cybersecurity Malaysia, sebuah institusi kerajaan yang berperanan mendidik masyarakat Malaysia langkah-langkah keselamatan dalam melayari internet. Cybersecurity Malaysia turut mendedahkan kepada Briged Bestari tentang tugas-tugas serta bahagian-bahagian jabatan lain Cybersecurity Malaysia seperti servis MyCert, forensik digital dan lain-lain yang sememangnya mengagumkan. Untuk keterangan lanjut sila layari laman web CyberSecurity Malaysia .

Sebahagian ahli Briged Bestari perempuan di CyberSecurity
Sebahagian ahli Briged Bestari perempuan di CyberSecurity

Ahli-ahli Briged Bestari di CyberSecurity
Ahli-ahli Briged Bestari di CyberSecurity bersama Cikgu Jamil dan Cikgu Iqbal
Briged Bestari di Majlis Gala Dinner MSC APICTA 2007
Cetak
Kiriman  PentadbirOleh: PentadbirKirimanpada  25-03-2008 15:19 25-03-2008 15:19 968  Baca 968 Baca 0 Komen 0 Komen

Hasil kejayaan Briged Bestari dalam MSC APICTA 2007, Briged Bestari telah dijemput untuk hadir ke Majlis Gala Dinner MSC APICTA 2007, yang diadakan pada 25 Mac 2008 yang lalu. Briged Bestari telah berjaya menerima Anugerah Merit Kategori Sekolah Menengah dengan projek Pterocarpus Online. Majlis ini telah dihadiri oleh Menteri Sains dan Inovasi Malaysia yang baru sahaja dilantik iaitu Dato' Maximus Ongkili yang menggantikan Perdana Menteri Malaysia yang tidak dapat hadir pada majlis berprestij tersebut. Kita doakan Briged Bestari SAINA akan berjaya mengekalkan lagi anugerah ini dan terus bertindak mengharumkan nama SAINA di persada negara.

Laungan
Laungan "Malaysia Boleh!!!" oleh para pemenang Anugerah MSC Malaysia APICTA 2007

MSC Malaysia APICTA 2007 Award Gala Dinner
Cetak
Kiriman  gpb sainaOleh: gpb sainaKirimanpada  04-03-2008 11:35 04-03-2008 11:35 1018  Baca 1018 Baca 1 Komen 1 Komen

Berikutan kejayaan Briged Bestari Sekolah Menengah Sains Pokok Sena dalam MSC APICTA 2007 yang lalu, Briged Bestari telah dijemput untuk menghadiri GALA DINNER bersama Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato
UJIAN PENILAIAN 1 TAHUN 2008
Cetak
Kiriman  gpb sainaOleh: gpb sainaKirimanpada  04-03-2008 11:26 04-03-2008 11:26 1011  Baca 1011 Baca 0 Komen 0 Komen

Ujian penilaian 1 tahun 2008 sedang berlangsung. Diharap semua pelajar menghadapinya dengan tekun dan sabar. Semoga Berjaya!!!
RUMAH CENGAL JUARA LAGI!!! - Kejayaan dua tahun berterusan semarakkan semangat Cengal
Cetak
Kiriman  PentadbirOleh: PentadbirKirimanpada  24-02-2008 16:15 24-02-2008 16:15 1424  Baca 1424 Baca 0 Komen 0 Komen

Rumah Cengal mengekalkan sekali lagi kejuaraan Kejohanan Olahraga Tahunan yang ke-12 Sekolah Menengah Sains Pokok Sena yang diadakan pada 23 Feb 2008 bertempat di Padang SMSPS. Kejohanan Olahraga Tahunan yang ke-12 Sekolah Menengah Sains Pokok Sena telah dirasmikan oleh Tuan Penghulu Mukim Gajah Mati. Kejayaan tersebut dikecap setelah Cengal mengumpul 21 emas meninggalkan Merbau di tempat ke-2 dengan 12 emas, diikuti Angsana dan Jati dengan 9 emas.

Kemasukan Bendera Kejohanan
Kemasukan Bendera Kejohanan oleh Majlis Tertinggi Badan Pengawas SAINA
Orientasi Warga Visionera
Cetak
Kiriman  content_adminOleh: content_adminKirimanpada  21-02-2008 12:02 21-02-2008 12:02 1001  Baca 1001 Baca 0 Komen 0 Komen

Pada 12 Febuari 2008, seramai 47 orang tingkatan empat baru telah selamat mendaftar diri di SAINA. Mereka disambut dan dipandu oleh saudara angkat masing-masing yg terdiri daripada tingkatan empat lama.

Pada hari pertama orentasi bermula, warga Visionera dibahagi kepada 12 kumpulan. Mereka dibimbing oleh fasilitator-fasilitator yang terdiri daripada 24 orang dalam kalangan pelajar tingkatan empat sendiri.

Sepanjang orentasi berlansung, ahli Visionera yg baru telah menunjukkan kerjasama yang positif sesama ahli. Mereka juga telah mampu tersenyum dan bergaul mesra dan berkomunikasi dengan lebih yakin.

LDK yang dijalankan sepanjang seminggu itu termasuklah house keeping, ice breaking, kenali diri, potensi diri, matlamat hidup, itegrated, malam muhasabah dan malam bakat remaja.

Natijahnya, orentasi kali ini membawa muafakat kepada kami dan mampu menbina jati diri yang kukuh dalam diri setiap orang.

Majulah Visioneraa untuk SAINA tercinta.
Pelancaran Program NILAM 2008
Cetak
Kiriman  PentadbirOleh: PentadbirKirimanpada  06-02-2008 09:34 06-02-2008 09:34 808  Baca 808 Baca 0 Komen 0 Komen

Pelancaran Program Nadi Ilmu Amalan Membaca(NILAM) 2008 telahpun diadakan pada 4 Februari 2008. Program NILAM dilancarkan berobjektifkan menyemai sifat suka membaca dalam kalangan pelajar dan menarik minat pelajar untuk membaca dengan memberi penghormatan dan penganugerahan untuk pelajar yang membaca buku terbanyak.


Pustakawan SAINA 2008
Kejohanan Merentas Desa 2008 Sekolah Menengah Sains Pokok Sena
Cetak
Kiriman  PentadbirOleh: PentadbirKirimanpada  03-02-2008 06:16 03-02-2008 06:16 885  Baca 885 Baca 1 Komen 1 Komen

Tanggal 2 Februari 2008, satu lagi acara tahunan sekolah diadakan iaitu Kejohanan Merentas Desa kali ke-12. Kejohanan ini menyaksikan persaingan antara empat buah rumah sukan di SAINA, Angsana(kuning), Jati(biru), Cengal(merah) dan juga Merbau(hijau). Para peserta dilepaskan tepat jam 8.00 pagi bermula dengan pelajar putera dan diikuti pelajar puteri. Pelajar putera telah diberikan cabaran trek yang berjarak 8 kilometer manakala pelajar puteri menempuh trek sepanjang 6 kilometer.

Pelantikan Majlis Tertinggi BADRI 2008
Cetak
Kiriman  PentadbirOleh: PentadbirKirimanpada  21-01-2008 00:00 21-01-2008 00:00 779  Baca 779 Baca 0 Komen 0 Komen

Seperti tahun-tahun sebelum ini, pada awal tahun Majlis Tertinggi BADRI(Badan Dakwah Rohani dan Ibadah) akan dipilih bagi menerajui pucuk pimpinan BADRI seterusnya bertanggungjawab menjaga hal-hal berkaitan kerohanian para pelajar Sekolah Menengah Sains Pokok Sena. Bagi tahun 2008, Muhd Subhi Sirajuddin telah dilantik untuk menerajui organisasi BADRI 2008, dan dibantu oleh beberapa orang pelajar putera dan pelajar puteri bagi melicinkan lagi setiap urusan dan amanah yang dipertanggungjawabkan.

Pelajar-pelajar putera yang turut dipilih sebagai ahli Majlis Tertinggi BADRI ialah:

Muhd Subhi (Pengerusi BADRI)
Rofizzulhisyam ( Timbalan Pengerusi I )
Nur Hafizoh ( Timbalan Pengerusi II )
Amir Abdul Fattah ( Setiausaha )
Najah Kamilah ( Penolong Setiausaha )
Hasrul Syifa ( Bendahari )
Syahirah Aqilah ( Penolong Bendahari )


Semoga dengan perlantikan ini, organisasi BADRI akan lebih maju dan berdedikasi dalam menjalankan amanah demi melahirkan generasi yang terkamil dan berakhlak mulia pada masa akan datang.