NRC (national robotic competition) 2008
Cetak
Kiriman  content_adminOleh: content_adminKirimanpada  14-09-2008 12:05 14-09-2008 12:05 789  Baca 789 Baca 0 Komen 0 Komen

Pasukan robotik SAINA telah berjaya mewakili zon utara ke peringkat kebangsaan.Peringkat kebangsaan berlangsung di Hotel Good Hope,Johor Bahru.Pasukan robotik ingin memohon restu semua guru,pelajar,komuniti saina dan mendoakan kejayaan kami di peringkat kebangsaa.
MSC-APICTA 2008
Cetak
Kiriman  journalistOleh: journalistKirimanpada  11-09-2008 07:55 11-09-2008 07:55 822  Baca 822 Baca 1 Komen 1 Komen

Sambutan Kemerdekaan Malaysia ke-51 2008
Cetak
Kiriman  PentadbirOleh: PentadbirKirimanpada  27-08-2008 15:46 27-08-2008 15:46 849  Baca 849 Baca 0 Komen 0 Komen

Seperti tahun-tahun sebelumnya, menjelang hari kemerdekaan negara iaitu pada tarikh 31 Ogos, Sekolah Menengah Sains Pokok Sena telah mengadakan sambutan kemerdekaan negara peringkat sekolah untuk memperingati sejarah dan tokoh-tokoh kemerdekaan dan menghayati erti kemerdekaan itu sendiri. Pada tahun ini, terdapat beberapa program yang telah dijalankan seperti nyanyian lagu patriotik, pertandingan kelas berwajah merdeka serta program hari ini dalam sejarah yang membentangkan peristiwa-peristiwa yang telah berlaku sebelum ini.

Perhimpunan khas bagi sambutan kemerdekaan Malaysia ke-51 pada tahun ini pula akan diadakan pada esok hari iaitu pada 28 Ogos sebelum para pelajar dibenarkan pulang bermalam bermula esok sehingga hari Isnin atau Selasa*

*bergantung kepada hari Awal Ramadhan.
28 orang pelajar terpilih mengikuti kursus PLKN Siri 6/2009
Cetak
Kiriman  PentadbirOleh: PentadbirKirimanpada  14-08-2008 16:50 14-08-2008 16:50 777  Baca 777 Baca 0 Komen 0 Komen

Pada siri kali ini, seramai 28 orang pelajar tingkatan lima SAINA yang bertuah telah terpilih untuk mengikuti program PLKN yang bakal bermula 29 Disember 2008, hujung tahun ini. Jumlah kesuluruhan peserta PLKN pada tahun ini juga telah bertambah daripada 110,000 orang pada tahun 2008 kepada 140,000 orang pada tahun 2009. Tahniah kepada para pelajar yang terpilih.
Peperiksaan Ujian Penilaian 2 Bermula
Cetak
Kiriman  PentadbirOleh: PentadbirKirimanpada  02-08-2008 20:14 02-08-2008 20:14 893  Baca 893 Baca 0 Komen 0 Komen

Musim peperiksaan datang lagi pada kali ini untuk para pelajar tingkatan 1, 2 dan 4 iaitu peperiksaan Ujian Penilaian 2(UP2) yang berlangsung pada 2 Ogos hingga 7 Ogos 2008. Manakala bagi pelajar tingkatan 5 & 3, peperiksaan percubaan sedang berlangsung. Selamat berjaya!
Kid Witness News Training 2008
Cetak
Kiriman  gpb sainaOleh: gpb sainaKirimanpada  28-07-2008 15:16 28-07-2008 15:16 927  Baca 927 Baca 0 Komen 0 Komen

Buat julung kalinya, SMSPS terpilih untuk menyertai KWN Training 2008 yang berlangsung di Hotel Concorde, Shah Alam bermula dari 27 Julai - 30 Julai 2008. Sebanyak 3 pasukan dari SMSPS telah terpilih dari 56 pasukan seluruh Malaysia. Setiap pasukan akan dibekalkan sebuah video kamera High Definition bersama-sama aksesori untuk pengambaran pertandingan ini. Semua peralatan ini disediakan oleh Panasonic.
Kem Jejak Bestari Tingkatan 4 2008
Cetak
Kiriman  content_adminOleh: content_adminKirimanpada  11-07-2008 01:45 11-07-2008 01:45 881  Baca 881 Baca 0 Komen 0 Komen


Kem Jejak Bestari Tingkatan 4 telah berlangsung pada 4 dan 5 Jun melibatkan semua pelajar tingkatan 4. Kem ini merupakan kem motivasi yang diketuai oleh Sir Izzat Che Baharom bersama rakan-rakan(para fasilitator) yang merupakan bekas pelajar SAINA, batch 04 dan 05. Antara yang hadir adalah Muhamad Fauzi(abg Ucu),Muhammad Izkar, Muhammad Afif Asyraf, KhairulNizam, Zuljalal,Iskandar, Nur Bazilah(kak Azi), Auni Salha, Zawiyah, Aishah, Afifah Athirah, Mashitah dan ramai lagi. Kem ini dimulakan dengan sesi ice breaking untuk membahagikan para pelajar kepada kumpulan dan setiap kumpulan diketuai oleh 2 atau 3 orang fasilitator. pelbagai aktiviti diadakan seperti sharing moments, motivation sessions, tayangan video-video, aktiviti multiple sets of intellingence, kerjaya pilihan, pembentangan kumpulan, dan banyak lagi. Apa yang membanggakan semua warga Visionera memberikan komitmen yang sangat cemerlang sepanjang kem ini. Penutupan kem ini dirasmikan oleh Ayahanda Tuan Pengetua Kanan, Tn Hj Jamaluddin B Ariffin. Majlis penutupan diserikan lagi dengan bacaan ikrar oleh semua warga Visionera.
Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik 2008
Cetak
Kiriman  journalistOleh: journalistKirimanpada  21-06-2008 10:06 21-06-2008 10:06 833  Baca 833 Baca 0 Komen 0 Komen

Hari Anugerah Cemerlang 2008 akan berlangsung pada 23 dan 25 Jun 2008 bertempat di Dewan Sri Angsana Sekolah Menengah Sains Pokok Sena. Seperti pada tahun sebelum ini, hadiah kepada pelajar dan juga guru yang mencapai kajayaan dalam akademik akan disampaikan oleh Tunku Putri Intan Syafinaz.
Antara pelajar yang akan menerima hadiah ialah pelajar tingkatan 1,2 dan 4 bagi tahun 2007 yang mendapat pencapaian akademik yang cemerlang dalam Peperiksaan Akhir Tahun (PAT), hadiah kepada para pelajar yang memperoleh 8A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan hadiah kepada pelajar yang mendapat semua A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Semua waris dijemput hadir dan kepada waris yang akan datang dikehendaki memakai baju batik bagi lelaki dan baju kurung bagi prempuan. Semoga kehadiran para waris dapat memeriahkan lagi majlis yang akan berlangsung esok.Sekian terima kasih..

HAKA

PENARAFAN 88 BUAH SEKOLAH BESTARI PERDANA.
Cetak
Kiriman  gpb sainaOleh: gpb sainaKirimanpada  18-06-2008 09:04 18-06-2008 09:04 1127  Baca 1127 Baca 1 Komen 1 Komen

Satu sesi Penarafan 88 buah Sekolah Bestari Perdana telah diadakan pada 17hb Jun 2008 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, SMSPS mulai jam 10.30 pagi. Proses ini melibatkan seramai 30 orang guru dan 30 orang pelajar.
Antara pegawai yang hadir terdiri dari Bahagian Teknologi Pendidikan, KPM, En. Farid Albar bin Nawi, pegawai pemantau, En. Ahmad Zaki serta wakil PKG Pokok Sena, En. Zulkifli bin Ghazali.
Cuti Pertengahan Tahun Bermula
Cetak
Kiriman  content_adminOleh: content_adminKirimanpada  21-05-2008 11:35 21-05-2008 11:35 875  Baca 875 Baca 0 Komen 0 Komen

CUTI SEMESTER 1 bermula pada 22 Mei 2008. Semua pelajar SAINA sudah tidak sabar untuk pulang bertemu ayah bonda, abang,kakak dan adik serta sanak saudara. Maka genaplah semua pelajar menjalankan tanggungjawab sebagai pelajar selama hampir 5 bulan di sekolah. Pelbagai aktiviti dan program telah dianjurkan sepanjang semester pertama ini. Diharap semua pelajar SAINA akan memanfaatkan cuti yang panjang ini dengan baik. Tidak lupa juga, kerja-kerja rumah yang telah dibekalkan dapat disiapkan mengikut jangka masa yang telah ditetapkan oleh guru masing-masing. Akhir kata,

'Selamat bercuti dan bergembira'
'Jagalah kesihatan dan keselamatan anda, ingatlah orang yang tersayang'

Dapatkan rehat secukupnya dan semoga bersedia kembali ke sekolah pada 7 Jun 2008. Sesungguhnya semester 2 nanti akan lebih mencabar,sibuk dan mendebarkan kerana peperiksaan-periksaan penting iaitu PMR dan SPM kian tiba.Wassalam.
Hoki SBP Zon Utara
Cetak
Kiriman  content_adminOleh: content_adminKirimanpada  14-05-2008 16:09 14-05-2008 16:09 868  Baca 868 Baca 0 Komen 0 Komen

Pada 1 Mei 2008 lalu, pasukan hoki SAINA telah menghantar 2 pasukan hoki bawah-16 ke Sekolah Menengah Sains Syed Putra, Perlis untuk mewakili sekolah ke peringkat zon utara bagi zon Hari Kejohanan Sekolah Berasrama Penuh Peringkat Zon Utara.

Pasukan SAINA terdiri daripada 12 orang setiap pasukan. Selama 3 hari bertempur, pasukan SAINA lelaki telah berjaya merangkul gelaran naib johan bagi Hari Kejohanan Sekolah Berasrama Penuh Peringkat Zon Utara.

Mereka akan meneruskan perjuangan ke peringkat kebangsaan di Sekolah Tun Fatimah pada 12 Jun nanti.

Diharapkan pasukan SAINA akan tegar meneruskan kesinambungan kejayaan ini di Sekolah Tun Fatimah.

Sekian, majulah HOKI untuk SAINA