RUMAH CENGAL JUARA LAGI!!! - Kejayaan dua tahun berterusan semarakkan semangat Cengal
Cetak
Kiriman  PentadbirOleh: PentadbirKirimanpada  24-02-2008 16:15 24-02-2008 16:15 1445  Baca 1445 Baca 0 Komen 0 Komen

Rumah Cengal mengekalkan sekali lagi kejuaraan Kejohanan Olahraga Tahunan yang ke-12 Sekolah Menengah Sains Pokok Sena yang diadakan pada 23 Feb 2008 bertempat di Padang SMSPS. Kejohanan Olahraga Tahunan yang ke-12 Sekolah Menengah Sains Pokok Sena telah dirasmikan oleh Tuan Penghulu Mukim Gajah Mati. Kejayaan tersebut dikecap setelah Cengal mengumpul 21 emas meninggalkan Merbau di tempat ke-2 dengan 12 emas, diikuti Angsana dan Jati dengan 9 emas.

Olahragawan Harapan SAINA dianugerahkan kepada pelajar Tingkatan 1, Mohd Afzal daripada rumah Merbau, manakalah Olahraga dan Olahragawati dianugerahkan kepada Hanif Husaini dan Syahirah Aida dari rumah Cengal. Hiasan khemah tercantik diperoleh khemah Merbau yang bertemakan "The World of Cartoons". Perbarisan bagi rumah-rumah sukan dimenangi oleh rumah Jati dengan tema 'cowboy' manakala perbarisan bagi unit beruniform dimenangi oleh Kadet Remaja Sekolah(KRS). Acara tarik tali pula dimenangi oleh rumah Jati setelah mengalahkan Angsana di peringkat final.

Persembahan 'poco-poco' oleh pelajar SAINA
Persembahan 'poco-poco' oleh pelajar SAINA

Kemenangan rumah Jati dalam acara tarik tali
Kemenangan rumah Jati dalam acara tarik tali

Kontinjen Perbarisan Pengakap SAINA
Kontinjen Perbarisan Pengakap SAINA
Komen
Tiada komen dihantar.
Hantar Komen
Sila log masuk untuk hantar komen.
Ratings
Rating is available to Members only.

Please login or register to vote.

No Ratings have been Posted.