Briged Bestari berjaya mendapat tempat ke-2 dalam MSC APICTA
Cetak
Kiriman  content_adminOleh: content_adminKirimanpada  26-10-2007 08:25 26-10-2007 08:25 1481  Baca 1481 Baca 2 Komen 2 Komen

Briged Bestari Sekolah Menengah Sains Pokok Sena sekali lagi berjaya dalam mengharumkan nama SAINA di mata negara. Dalam pertandingan MSC APICTA yang lalu. Briged Bestari telah menghantar penyertaan seramai 5 orang iaitu Afif Najib, Al-Amin, Amir Abd Fattah, Fawza Sabila dan Fawza Nabila sebagai wakil keluarga Briged Bestari untuk mempersembahkan Pterocarpus Online di hadapan juri-juri profesional setelah berjaya melepasi peringkat saringan ke peringkat final.

Pengumuman kejayaan Briged Bestari SAINA telah dilakukan di Nikko Hotel, Kuala Lumpur pada 25 Oktober yang lalu. Hadiah disampaikan oleh Tan Sri Halim bin Ali. Dengan ini, SM Sains Pokok Sena akan mewakili Malaysia ke Asia Pacific ICT Award (APICTA) 2007 yang akan berlangsung di Singapura pada 26-30 November 2007. Untuk pengetahuan semua, Pterocarpus Online telah berjaya memenangi tempat pertama untuk Anugerah ICT Piala Menteri Besar Kedah pada Karnival ICT Kedah 2007 yang diadakan pada bulan Jun yang lalu.

Pihak Briged Bestari ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kerana sokongan semua pihak termasuk daripada ALUMNI, guru-guru, pelajar dan juga ahli Pterocarpus Online.
Komen
88 #1 jejaka_aspura91 pada 27 October 2007
Jutaan tahniah saya diucapkan kepada semua pelajar yang berjaya. Akhirnya sejarah tercipta. Teruskan perjuangan mulia, menjuangkan maruah Briged Bestari, sekolah tercinta dan martabat Kedah Darul Aman dan Malaysia. Hidup Hijau Kuning di Malaysia. Call me if have problem...017-4998849Smile
20 #2 hazarina pada 17 November 2007
thanks.. wish us luck there~
Hantar Komen
Sila log masuk untuk hantar komen.
Ratings
Rating is available to Members only.

Please login or register to vote.

No Ratings have been Posted.