Sudah ada akaun?

Terlupa kata laluan?

Daftar

:: ||| Pterocarpus Online ||| :: Portal Rasmi Sekolah Menengah Sains Pokok Sena ::
18 July 2018 09:13
Kira Detik SPM

Masa Untuk Ulangkaji

Bertulis
116 hari

Sahaja Lagi

Kira Detik PT3

Masa Untuk Ulangkaji

Bertulis
81 hari

Sahaja Lagi

UniMAP dipilih tuan rumah ESC 2016
Cetak
Kiriman  journalistOleh: journalistKirimanpada  12-11-2015 10:49 12-11-2015 10:49 464  Baca 464 Baca 0 Komen 0 Komen

UNIMAP

KANGAR - Universiti Malaysia Perlis (Unimap) dipilih menganjurkan 'Entrepreneurship Summer Camp' (ESC) (Kem Musim Panas Keusahawanan) tahun hadapan bertujuan mendedahkan para pelajar universiti dengan ilmu keusahawanan antarabangsa.

Naib Canselor Unimap, Datuk Prof Emeritus Dr Kamarudin Hussin berkata keputusan itu dicapai hasil perbincangan dari Forum Presiden Universiti Asia ke-14 (AUPF) 2015 di Guangdong University of Foreign Languanges (GDUFS), China yang berakhir semalam.

Kamarudin berkata ESC berkonsepkan Asia Summer Program (ASP) namun tumpuan adalah pada aspek keusahawanan bagi melahirkan modal insan yang berfikiran keusahawanan global.

"ASP pula lebih fokus pada modul bahasa, budaya dan kesenian," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kamarudin berharap para pelajar akan dapat membina rangkaian perniagaan dengan lebih luas dan mengaplikasikan ilmu keusahawanan yang ditimba melalui ESP selepas tamat pengajian nanti.

AUPF 2015 berlangsung selama empat hari disertai 33 buah universiti di Asia bertujuan mewujudkan satu mekanisme yang membolehkan presiden universiti bertukar maklumat dan pengalaman pengurusan dengan rakan-rakan anggota.

Forum yang diperkenalkan pada 1999 pada mulanya hanya disertai universiti di China dan Thailand. Ia kemudian disertai oleh universiti di Indonesia, Malaysia, Jepun, Bangladesh, Filipina, Mongolia, Lithuania, Vietnam dan Korea.

Delegasi Unimap ke AUPF 2015 turut disertai Penolong Naib Canselor Komunikasi Korporat, Datin Prof Dr Zuraidah Mohd Zin dan Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Komputer dan Perhubungan Prof Dr R Badlishah.  - Bernama

Komen
Tiada komen dihantar.
Hantar Komen
Sila log masuk untuk hantar komen.
Ratings
Rating is available to Members only.

Please login or register to vote.

No Ratings have been Posted.