Malaysia berjaya duduki kerusi Lembaga Eksekutif UNESCO
Cetak
Kiriman  journalistOleh: journalistKirimanpada  12-11-2015 08:42 12-11-2015 08:42 287  Baca 287 Baca 0 Komen 0 Komen

Keputusan itu diumumkan kira-kira jam 6 petang waktu tempatan Rabu (1 pagi Malaysia) selepas tamat tempoh pengundian jam 2 petang (9 malam) di sini. Malaysia diletakkan bersama tujuh negara dari rantau Asia Pasifik lain iaitu Afghanistan, Pakistan, Samoa, Korea Selatan, Iran, Sri Lanka dan Vietnam bertanding menduduki enam kerusi Lembaga Eksekutif yang diperuntukkan bagi wilayah itu. Sebanyak 186 negara layak mengundi. Daripada lapan negara wilayah Asia Pasifik itu, Malaysia menduduki tempat pertama dengan 165 undi. Berikutan kemenangan itu, Malaysia akan diwakili oleh Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, dalam Lembaga Eksekutif UNESCO bagi tempoh berkenaan. Secara keseluruhannya, ada 58 kerusi Lembaga Eksekutif UNESCO yang dibahagikan mengikut kumpulan zon. Mahdzir ketika mengulas kemenangan itu berkata, ia membuktikan kepemimpinan negara yang diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dihormati pada peringkat antarabangsa. "Sebagai anggota Lembaga Eksekutif UNESCO, Malaysia akan terus memainkan peranan penting bagi menjayakan agenda dan program UNESCO di peringkat antarabangsa, khususnya di rantau Asia Pasifik," katanya. Beliau juga berkata, kemenangan Malaysia menduduki kerusi itu juga adalah hasil kerja keras lobi pasukan negara yang terdiri pegawai dari Kementerian Luar, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Beliau berkata, Malaysia akan terus berkongsi pengalaman dan pelbagai inisiatif pembangunan dalam bidang tumpuan UNESCO menerusi kerusi Lembaga Eksekutif, satu daripada badan yang menentukan hala tuju pertubuhan itu. Di bawah struktur organisasi UNESCO, terdapat tiga badan penting yang bertanggungjawab untuk menentukan hala tuju pertubuhan itu iaitu Lembaga Eksekutif, Sekretariat UNESCO dan Persidangan Agung. Malaysia pernah menduduki kerusi Lembaga Eksekutif UNESCO sebanyak lima kali sebelum ini sejak menganggotai pertubuhan dunia itu pada 1958. Malaysia memainkan peranan besar dalam program badan dunia itu menerusi Malaysia Fit-in-Trust (MFIT) dalam Program Kerjasama Malaysia-UNESCO (MUCP) dan Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP) yang mana mendapat pengiktirafan ibu pejabat UNESCO sendiri bagi membantu negara Selatan, negara kurang membangun dan kepulauan kecil dalam pembangunan pendidikan serta penyelidikan

 

Keputusan itu diumumkan kira-kira jam 6 petang waktu tempatan Rabu (1 pagi Malaysia) selepas tamat tempoh pengundian jam 2 petang (9 malam) di sini. Malaysia diletakkan bersama tujuh negara dari rantau Asia Pasifik lain iaitu Afghanistan, Pakistan, Samoa, Korea Selatan, Iran, Sri Lanka dan Vietnam bertanding menduduki enam kerusi Lembaga Eksekutif yang diperuntukkan bagi wilayah itu. Sebanyak 186 negara layak mengundi. Daripada lapan negara wilayah Asia Pasifik itu, Malaysia menduduki tempat pertama dengan 165 undi. Berikutan kemenangan itu, Malaysia akan diwakili oleh Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, dalam Lembaga Eksekutif UNESCO bagi tempoh berkenaan. Secara keseluruhannya, ada 58 kerusi Lembaga Eksekutif UNESCO yang dibahagikan mengikut kumpulan zon. Mahdzir ketika mengulas kemenangan itu berkata, ia membuktikan kepemimpinan negara yang diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dihormati pada peringkat antarabangsa. "Sebagai anggota Lembaga Eksekutif UNESCO, Malaysia akan terus memainkan peranan penting bagi menjayakan agenda dan program UNESCO di peringkat antarabangsa, khususnya di rantau Asia Pasifik," katanya. Beliau juga berkata, kemenangan Malaysia menduduki kerusi itu juga adalah hasil kerja keras lobi pasukan negara yang terdiri pegawai dari Kementerian Luar, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Beliau berkata, Malaysia akan terus berkongsi pengalaman dan pelbagai inisiatif pembangunan dalam bidang tumpuan UNESCO menerusi kerusi Lembaga Eksekutif, satu daripada badan yang menentukan hala tuju pertubuhan itu. Di bawah struktur organisasi UNESCO, terdapat tiga badan penting yang bertanggungjawab untuk menentukan hala tuju pertubuhan itu iaitu Lembaga Eksekutif, Sekretariat UNESCO dan Persidangan Agung. Malaysia pernah menduduki kerusi Lembaga Eksekutif UNESCO sebanyak lima kali sebelum ini sejak menganggotai pertubuhan dunia itu pada 1958. Malaysia memainkan peranan besar dalam program badan dunia itu menerusi Malaysia Fit-in-Trust (MFIT) dalam Program Kerjasama Malaysia-UNESCO (MUCP) dan Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP) yang mana mendapat pengiktirafan ibu pejabat UNESCO sendiri bagi membantu negara Selatan, negara kurang membangun dan kepulauan kecil dalam pembangunan pendidikan serta penyelidikan.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/96260
MENTERI Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid. - Foto Abd Rahim Rahmat PARIS: Malaysia berjaya menduduki kerusi Lembaga Eksekutif Pertubuhan Saintifik, Pendidikan dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) sesi 2015-2019 selepas memenangi pengundian pada Persidangan Agung ke-38 pertubuhan itu, di sini, sebentar tadi. Keputusan itu diumumkan kira-kira jam 6 petang waktu tempatan Rabu (1 pagi Malaysia) selepas tamat tempoh pengundian jam 2 petang (9 malam) di sini. Malaysia diletakkan bersama tujuh negara dari rantau Asia Pasifik lain iaitu Afghanistan, Pakistan, Samoa, Korea Selatan, Iran, Sri Lanka dan Vietnam bertanding menduduki enam kerusi Lembaga Eksekutif yang diperuntukkan bagi wilayah itu. Sebanyak 186 negara layak mengundi. Daripada lapan negara wilayah Asia Pasifik itu, Malaysia menduduki tempat pertama dengan 165 undi. Berikutan kemenangan itu, Malaysia akan diwakili oleh Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, dalam Lembaga Eksekutif UNESCO bagi tempoh berkenaan. Secara keseluruhannya, ada 58 kerusi Lembaga Eksekutif UNESCO yang dibahagikan mengikut kumpulan zon. Mahdzir ketika mengulas kemenangan itu berkata, ia membuktikan kepemimpinan negara yang diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dihormati pada peringkat antarabangsa. "Sebagai anggota Lembaga Eksekutif UNESCO, Malaysia akan terus memainkan peranan penting bagi menjayakan agenda dan program UNESCO di peringkat antarabangsa, khususnya di rantau Asia Pasifik," katanya. Beliau juga berkata, kemenangan Malaysia menduduki kerusi itu juga adalah hasil kerja keras lobi pasukan negara yang terdiri pegawai dari Kementerian Luar, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Beliau berkata, Malaysia akan terus berkongsi pengalaman dan pelbagai inisiatif pembangunan dalam bidang tumpuan UNESCO menerusi kerusi Lembaga Eksekutif, satu daripada badan yang menentukan hala tuju pertubuhan itu. Di bawah struktur organisasi UNESCO, terdapat tiga badan penting yang bertanggungjawab untuk menentukan hala tuju pertubuhan itu iaitu Lembaga Eksekutif, Sekretariat UNESCO dan Persidangan Agung. Malaysia pernah menduduki kerusi Lembaga Eksekutif UNESCO sebanyak lima kali sebelum ini sejak menganggotai pertubuhan dunia itu pada 1958. Malaysia memainkan peranan besar dalam program badan dunia itu menerusi Malaysia Fit-in-Trust (MFIT) dalam Program Kerjasama Malaysia-UNESCO (MUCP) dan Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP) yang mana mendapat pengiktirafan ibu pejabat UNESCO sendiri bagi membantu negara Selatan, negara kurang membangun dan kepulauan kecil dalam pembangunan pendidikan serta penyelidikan.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/96260
Komen
Tiada komen dihantar.
Hantar Komen
Sila log masuk untuk hantar komen.
Ratings
Rating is available to Members only.

Please login or register to vote.

No Ratings have been Posted.