KUALA LUMPUR - Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015 bermula di seluruh negara hari ini didahului subjek Bahasa Melayu Kertas 1 dan 2.
Sejumlah 440,682 calon berdaftar untuk peperiksaan itu yang berlangsung di 3,501 pusat peperiksaan di seluruh sehingga 8 Disember.
Daripada jumlah itu, 379,466 adalah calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan, manakala 29,799 merupakan calon persendirian.
Sejumlah 34,146 petugas peperiksaan dilantik bagi memastikan kelancaran peperiksaan itu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam entri terbaharu Twitter semalam mengucapkan selamat berjaya kepada pelajar tingkatan lima yang mengambil SPM. - Bernama
Rindukan Kejayaan SAINA yang Cemerlang dalam SPM 2015
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri, Shaari Osman meninjau pelajar-pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jambul di Georgetown, hari ini. - Foto Bernama
Komen
Hantar Komen
Sila log masuk untuk hantar komen.
Ratings