KPM wujud jawatan warden asrama
Cetak
Kiriman  journalistOleh: journalistKirimanpada  09-09-2015 09:06 09-09-2015 09:06 224  Baca 224 Baca 0 Komen 0 Komen

JITRA - Kementerian Pendidikan bercadang mewujudkan jawatan warden asrama sekolah yang kini dipikul oleh guru bagi meringankan tugas yang terpaksa ditanggung oleh guru ketika ini.
 
Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata perkara itu akan dipertimbangkan pihaknya kerana guru perlu menumpukan sepenuh perhatian terhadap sesi pembelajaran di sekolah.
 
Beliau berkata warden akan bertanggungjawab menjaga hal kebajikan pelajar asrama, selain perlu mempunyai ilmu kaunseling bagi kebaikan pelajar.
 
Sudah tiba masa bagi kementerian katanya mewujudkan jawatan itu bagi membolehkan warden menjaga pelajar secara sepenuh masa.
 
"Kita akan kaji dari pelbagai aspek berkaitan jawatan, kewangan dan jumlah asrama sebelum jawatan tersebut diwujudkan," katanya selepas mengadakan pertemuan dengan Pengetua-pengetua Sekolah Kedah di Institut Aminuddin Baki di sini hari ini.
 
Pertemuan dengan pengetua sekolah seluruh negeri ini bertujuan mendengar masalah yang dihadapi mereka dalam usaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara. - Bernama
Komen
Tiada komen dihantar.
Hantar Komen
Sila log masuk untuk hantar komen.
Ratings
Rating is available to Members only.

Please login or register to vote.

No Ratings have been Posted.