Hari Anugerah Cemerlang 2015
Cetak
Kiriman  journalistOleh: journalistKirimanpada  21-04-2015 15:57 21-04-2015 15:57 438  Baca 438 Baca 0 Komen 0 Komen

Pada tanggal 20 April 2015 yang lalu, SAINA telah menjayakan salah satu aktiviti tahunan sekolah iaitu Hari Anugerah Cemerlang bagi tahun 2015. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk menganugerahkan para pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan khususnya peperiksaan awam seperti PT3 dan SPM 2014. Majlis ini dirasmikan oleh Yang Teramat Mulia Tunku Panglima Besar Kedah, Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz. Semua warga sekolah terlibat bagi menjayakan majlis yang gilang-gemilang ini. Majlis bermula pada pukul 8.30 pagi sehingga 11.00 pagi. Terdapat beberapa persembahan daripada para pelajar bagi memeriahkan lagi majlis ini. Antaranya ialah nyanyian , tarian joget, instrumental gitar, tarian jepun dan tarian jerman. Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang amat memberangsangkan daripada semua pihak. Tahniah diucapkan kepada para penerima hadiah serta ahli jawatankuasa yang mengendalikan majlis ini.

Komen
Tiada komen dihantar.
Hantar Komen
Sila log masuk untuk hantar komen.
Ratings
Rating is available to Members only.

Please login or register to vote.

No Ratings have been Posted.