![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
Pada 29 Januari yang lalu,majlis pelantikan Ahli Majlis Tertinggi Lembaga Pengawas 2015 telah diadakan.Majlis ini telah dilangsungkan pada jam 9.00 pagi bertempat di Dewan Sri Angsana.Seramai 10 orang ahli Lembaga Pengawas telah diberi tanggungjawab sebagai ahli Majlis Tertinggi.Jawatan Timbalan Ketua Pelajar telah disandang oleh saudara Wan Zul Ihsan dan saudari Anisah Azzahra.Manakala,Ketua Pelajar pula disandang oleh saudara Amir Aiman.Majlis pelantikan tersebut telah berakhir pada jam 11.oo pagi.Selepas itu,pelajar dibenarkan pulang ke rumah masing-masing untuk pulang bermalam kali pertama bagi sesi 2015.