Hari Anugerah Kokurikulum Sistem Rumah dan Asrama 2013
Cetak
Kiriman  journalistOleh: journalistKirimanpada  10-11-2013 10:29 10-11-2013 10:29 636  Baca 636 Baca 0 Komen 0 Komen

Pada 9 November 2013 bersamaan hari Sabtu yang lalu, SAINA telah berjaya menjalankan salah satu daripada aktiviti tahunan sekolah iaitu Hari Anugerah Kokurikulum Sistem Rumah dan Asrama bagi tahun 2013 bertempat di Dataran Mega, Sudut Pidato SAINA. Majlis bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir kira-kira pada pukul 1.30 petang. Majlis tersebut dirasmikan oleh Ayahanda Tuan Pengetua Cemerlang Sekolah Menengah Sains Pokok Sena, Tuan Haji Jamaluddin bin Ariffin dan dikendalikan oleh para pelajar tingkatan empat serta beberapa orang guru. Semua pelajar tingkatan 1, 2, 3 dan 4 terlibat bagi menjayakan majlis tersebut. Majlis diserikan lagi dengan beberapa persembahan daripada pelajar seperti qasidah dan tarian jepun. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk menghargai jasa para pelajar dan guru yang telah menaikkan nama baik sekolah ke persada antarabangsa. Seterusnya, jamuan turut disediakan kepada para pelajar mengikut rumah sukan masing-masing. 

"MAJULAH SUKAN UNTUK SAINA"

Komen
Tiada komen dihantar.
Hantar Komen
Sila log masuk untuk hantar komen.
Ratings
Rating is available to Members only.

Please login or register to vote.

No Ratings have been Posted.