Minggu Bahasa Melayu 2013
Cetak
Kiriman  journalistOleh: journalistKirimanpada  30-10-2013 10:38 30-10-2013 10:38 703  Baca 703 Baca 0 Komen 0 Komen

Bermula pada 27 Oktober 2013 sehingga 31 Oktober 2013, Panitia Bahasa Melayu dengan bantuan pelajar tingkatan empat (Erudite 1014) telah menganjurkan Minggu Bahasa Melayu bagi tahun 2013. Program ini berjalan selama seminggu. Semua pelajar tingkatan 1, 2, 3 dan 4 terlibat bagi memeriahkan lagi program ini. Tujuan minggu ini diadakan adalah untuk memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda serta mencungkil bakat para pelajar SAINA. Terdapat pelbagai pertandingan menarik yang telah dirancang oleh ahli jawatankuasa Minggu Bahasa Melayu. Antaranya ialah pertandingan pidato, bicara SAINA, teater komsas, bahas dan forum yang bertempat di dewan kuliah dan Dewan Sri Angsana. Pertandingan-pertandingan tersebut diadili mengikut sistem rumah sukan masing-masing. Para pemenang yang memenangi pertandingan yang dipertandingkan akan mewakili sekolah ke peringkat yang lebih tinggi.

"BAHASA MELAYU DIMARTABAT, SAINA GEMERLAP"

Komen
Tiada komen dihantar.
Hantar Komen
Sila log masuk untuk hantar komen.
Ratings
Rating is available to Members only.

Please login or register to vote.

No Ratings have been Posted.