Kejohanan Olahraga Tahunan kali ke 17
Cetak
Kiriman  journalistOleh: journalistKirimanpada  19-06-2013 10:27 19-06-2013 10:27 705  Baca 705 Baca 0 Komen 0 Komen

Pada 18 Jun 2013 bersamaan hari Khamis yang lalu, SAINA telah menjayakan salah satu daripada aktiviti tahunan sekolah iaitu Kejohanan Olahraga Tahunan kali ke 17. Majlis ini dirasmikan oleh YDP PIBG SAINA. Semua warga SAINA terlibat bagi menjayakan aktiviti yang gilang gemilang ini. Majlis ini bermula tepat pukul 3.00 petang dan berakhir pada pukul 6.30 petang. Antara acara yang dipertandingkan pada hari tersebut ialah 4x100M akhir , 4x400M akhir dan tarik tali akhir. Majlis bermula dengan acara lintas hormat oleh kontijen rumah sukan iaitu Angsana, Cengal , Jati dan Merbau dan diikuti oleh kontijen unit beruniform. Johan keseluruhan bagi Kejohanan Olahraga Tahunan kali ke 17 bagi tahun 2013 dimenangi oleh rumah Cengal sebanyak 18 emas, 9 perak dan 8 gangsa.

"MAJULAH SUKAN UNTUK SAINA"

Komen
Tiada komen dihantar.
Hantar Komen
Sila log masuk untuk hantar komen.
Ratings
Rating is available to Members only.

Please login or register to vote.

No Ratings have been Posted.