Hari Anugerah Cemerlang Kali ke-16
Cetak
Kiriman  journalistOleh: journalistKirimanpada  28-04-2013 10:28 28-04-2013 10:28 1180  Baca 1180 Baca 0 Komen 0 Komen

Pada 24 April 2013 bersamaan hari Rabu yang lalu, SAINA telah menjalankan salah satu daripada aktiviti tahunan sekolah iaitu Hari Anugerah Cemerlang kali ke-16 bertempat di Dewan Sri Angsana. Majlis ini dirasmikan oleh Yang Teramat Mulia Tunku Panglima Besar Kedah Dato' Seri Diraja Tan Sri Tunku Puteri Intan Shafinaz binti Tuanku Andul Halim Muadzam Shah, D.K.H., D.K.Y.R.,S.H.M.S., S.S.D.K., P.S.M., P.A.T., J.P., Hon. PH.D (UUM)., Hon. PH.D (KUIN) (Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah). Semua pelajar, guru dan staf sekolah terlibat bagi menjayakan majlis yang gilang gemilang ini. terdapat beberapa persembahan disajikan dalam majlis ini. Antara persembahan yang dipersembahkan daripada para pelajar ialah qasidah, boria, tarian jepun dan tarian tradisional. Majlis ini bermula pada pukul 8.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari. Alhamdulillah majlis ini berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada semua warga SAINA yang telah menjayakan majlis ini.

Komen
Tiada komen dihantar.
Hantar Komen
Sila log masuk untuk hantar komen.
Ratings
Rating is available to Members only.

Please login or register to vote.

No Ratings have been Posted.