Kejohanan Catur Majlis Sukan Sekolah Daerah Kota Setar bagi tahun 2013
Cetak
Kiriman  journalistOleh: journalistKirimanpada  03-03-2013 10:31 03-03-2013 10:31 1114  Baca 1114 Baca 0 Komen 0 Komen

Pada tanggal 27 dan 28 Februari 2013 iaitu pada hari Rabu dan Khamis yang lalu, telah berlangsungnya Kejohanan Catur Majlis Sukan Sekolah Daerah Kota Setar bagi tahun 2013 bertempat di Dewan Seri Damar, Sekolah Menengah Kebangsaan Hutan Kampung. Sebanyak 31 buah sekolah menengah telah bertanding dalam kejohanan tersebut termasuk SAINA. SAINA telah menghantar seramai lapan orang peserta yang terdiri daripada empat orang peserta bagi kategori lelaki bawah 18 tahun dan empat orang peserta bagi kategori perempuan bawah 18 tahun di bawah bimbingan Cik Siti Mariam binti Murat.

Terdapat lapan pusingan dalam pertandingan ini iaitu empat pusingan pada 27 Februari dan empat pusingan lagi pada 28 Februari. Alhamdulillah, berkat daripada usaha gigih serta komitmen yang jitu daripada guru dan pelajar, dua orang peserta dari SAINA telah Berjaya menempatkan diri dalam senarai ‘Top Ten’ bagi kategori perempuan bawah 18 tahun iaitu saudari Noor Ainaa Adilah binti Zohri yang mendapat tempat ke-8 manakala saudari Nur Farah Haifa binti Mad Kamal mendapat tempat ke-4 daripada 48 orang peserta yang bertanding. Bukan itu saja, saudari Nur Farah Haifa  sedang menjalani latihan di SMK Hutan Kampung dari 3,4,5 Mac ini bagi menyiapkan diri ke Kejohanan Catur Peringkat Negeri Kedah yang akan berlangsung di Daerah Padang Terap pada 7,8,9 Mac nanti.

 

Komen
Tiada komen dihantar.
Hantar Komen
Sila log masuk untuk hantar komen.
Ratings
Rating is available to Members only.

Please login or register to vote.

No Ratings have been Posted.