Sukantara bagi tahun 2013
Cetak
Kiriman  journalistOleh: journalistKirimanpada  28-02-2013 09:37 28-02-2013 09:37 1117  Baca 1117 Baca 0 Komen 0 Komen

Pada 27 Februari bersamaan hari Selasa yang lalu, Sekolah Menengah Sains Pokok Sena telah menjayakan salah satu daripada program tahunan sekolah iaitu aktiviti sukantara. Aktiviti ini berjalan selama dua hari. Berbeza dengan tahun-tahun lepas, tahun ini pelajar dipertandingkan mengikut kategori masing-masing iaitu kategori 1L, 2L; 3L; 1P, 2P, dan 3P. Semua guru serta murid terlibat bagi menjayakan aktiviti tahunan ini. Acara yang dipertandingkan ialah lari 100 meter, lontar peluru serta lompat jauh. Semua peserta mesti melepasi jarak yang telah ditetapkan begi mendapatkan 1 mata. Setiap mata yang dipungut oleh peserta akan disumbangkan kepada rumah sukan masing-masing. Aktiviti sukantara akan diteruskan pada hari ini iaitu 28 Februari 2013. Rumah sukan yang memungut mata yang terbanyak akan dinobatkan sebagai johan keseluruhan bagi sukantara pada tahun ini.

Komen
Tiada komen dihantar.
Hantar Komen
Sila log masuk untuk hantar komen.
Ratings
Rating is available to Members only.

Please login or register to vote.

No Ratings have been Posted.