Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah
Cetak
Kiriman  journalistOleh: journalistKirimanpada  31-01-2013 10:26 31-01-2013 10:26 658  Baca 658 Baca 0 Komen 0 Komen

Pada 23 Januari 2013 bersamaan hari Rabu yang lalu, Sekolah Menengah Sains Pokok Sena telah mengadakan Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah. Semua guru dan murid terlibat bagi menjayakan sambutan yang mulia ini. Pelbagai aktiviti yang diadakan bagi memeriahkan lagi sambutan ini seperti perarakan, ceramah, jamuan dan banyak lagi. Sambutan ini dikendalikan oleh guru dan ahli Badan Dakwah Rohani dan Ibadah (BADRI) tingkatan 4 dan 5. Antara pertandingan yang dijalankan ialah pertandingan kain rentang serta pertandingan perarakan. Pertandingan ini dibahagikan kepada dua kategori iaitu kategori menengah atas serta kategori menengah rendahserta mengikut rumah sukan iaitu rumah Angsana,Cengal, Jati dan Merbau. Seterusnya ceramah agama yang disampaikan oleh Ustaz Ahmad bin Abdullah yang berasal dari Indonesia. Seusianya sambutan itu, semua pelajar menerima wang RM100 di Dewan Sri Angsana. Semua  pelajar dibenarkan pulang selepas menerima wang tersebut. Alhamdulillah sambutan ini berjalan dengan lancar.

“WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH”

Komen
Tiada komen dihantar.
Hantar Komen
Sila log masuk untuk hantar komen.
Ratings
Rating is available to Members only.

Please login or register to vote.

No Ratings have been Posted.