Karnival Sumber dan Teknologi Pendidikan Peringkat Negeri Kedah 2012
Cetak
Kiriman  journalistOleh: journalistKirimanpada  23-10-2012 11:54 23-10-2012 11:54 875  Baca 875 Baca 0 Komen 0 Komen

Pada 22 Oktober 2012 yang lalu, Sekolah Menengah Sains Pokok Sena telah menghantar 7 orang pelajar ke Karnival Sumber dan Teknologi Pendidikan Peringkat Negeri K edah bertempat Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri(BTPN) di Alor Setar. Sebanyak 7  buah sekolah sekitar negeri Kedah telah menyertai Pertandingan Jejak Maklumat Peringkat Negeri. Pertandingan ini dapat memupuk semangat kerjasama antara ahli pasukan dan menguji minda kreatif pelajar. Saina juga turut menyertai pertandingan ini dan menghantar pasukan yang dianggotai oleh empat orang pelajar tingkatan dua iaitu Muhammad Syahmi Adha bin Mohammad Rozaidi, Mohd Rifqi bin Mohd Radzi, Nurul Athirah binti Abu Hassan serta Busyra binti Ismail. Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan sepanjang pertandingan seperti boling kelapa, teka silang kata, kajian mengenai buku dan lain-lain lagi. Namun, rezeki tidak menyebelahi saina apabila kalah tipis dengan SMK Sultanah Bahiyah sebanyak 4 markah. Saina telah menduduki tempat keempat dalam pertandingan jejak maklumat peringkat negeri.

                Di samping itu, saina telah menghantar tiga orang pelaj tingkatan tiga bagi menyertai kursus photografi di sana. Aktiviti ini juga dapat mengisi masa lapang pelajar tingktan 3 yang telah tamat menduduki peperiksann PMR yang lalu. Akhir sekali, carnival ini berjalan dengan lancar.

Komen
Tiada komen dihantar.
Hantar Komen
Sila log masuk untuk hantar komen.
Ratings
Rating is available to Members only.

Please login or register to vote.

No Ratings have been Posted.