Hari Anugerah Cemerlang kali ke-15 tahun 2012
Cetak
Kiriman  journalistOleh: journalistKirimanpada  19-09-2012 23:00 19-09-2012 23:00 850  Baca 850 Baca 0 Komen 0 Komen

Pada 19 September 2012 bersamaan hari Rabu, Saina telah mengadakan Hari Anugerah cemerlang kali ke 15 bagi tahun 2012. Majlis ini merupakan antara majlis yang penting di Sekolah Menengah Sains Pokok Sena. Majlis ini dirasmikan oleh Tunku Panglima Besar Kedah, YTM Dato' Seri Tunku Puteri Intan Shafinaz binti KDYMM Tuanku Sultan Haji Abdul Halim Mu'adzam Shah, Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah Darul Aman. Majlis ini dikendalikan oleh para guru, pengawas serta dibantu oleh pelajar rumah Merbau. Pelbagai persembahan yang diadakan oleh pelajar saina bagi memeriahkan lagi suasana majlis tersebut. Antaranya ialah nasyid,dikir barat, tarian dan nyanyian. Tetamu kehormat serta ibu bapa juga dijemput bagi menjayakan majlis ini. Majlis ini bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.45 petang. Setelah tamat majlis tersebut, para pelajar dibenarkan pulang bersama waris.

Komen
Tiada komen dihantar.
Hantar Komen
Sila log masuk untuk hantar komen.
Ratings
Rating is available to Members only.

Please login or register to vote.

No Ratings have been Posted.