Hari Terbuka Asrama 2012
Cetak
Kiriman  journalistOleh: journalistKirimanpada  12-09-2012 09:58 12-09-2012 09:58 883  Baca 883 Baca 0 Komen 0 Komen

Saina telah mengadakan Hari Terbuka Asrama bagi tahun 2012 pada 8 September 2012 bersamaan hari Sabtu. Semua pelajar dan guru terlibat bagi menjayakan program tersebut.  Program ini dikendalikan oleh warga Exzeava 0913 dan badan pengawas. Program ini juga dirasmikan oleh Pengetua Cemerlang Sekolah Menengah Sains Pokok Sena, Tuan Haji Jamaluddin Bin Ariffin. Terdapat 11 buah gerai yang menjual beraneka jenis makanan dan minuman. Ibu bapa dan pelajar luar juga dijemput ke majlis tersebut. Pelbagai aktiviti yang diadakan seperti pertandingan dam haji, cabutan bertuah, kerusi muzik serta persembahan. Dalam pada itu, tahniah diucapkan kepada rumah sukan yang memenangi pertandingan terutama wakil pelajar tingkatan dua dari rumah Merbau yang mempersembahkan boria seterusnya menjuarai persembahan Hari Terbuka Asrama bagi tahun 2012. Majlis itu bermula pada pukul 10.00 pagi dan berakhir pada pukul 3.00 petang. Program pada hari tersbut sangat meriah dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

Komen
Tiada komen dihantar.
Hantar Komen
Sila log masuk untuk hantar komen.
Ratings
Rating is available to Members only.

Please login or register to vote.

No Ratings have been Posted.