Hari Kerjaya dan Hari Keusahawanan 2012
Cetak
Kiriman  gpb sainaOleh: gpb sainaKirimanpada  16-07-2012 10:26 16-07-2012 10:26 831  Baca 831 Baca 0 Komen 0 Komen

Pada tanggal 10 Julai 2012 yang lalu Saina telah manjalankan hari kerjaya dan hari keusahawanan buat julung kalinya bagi sesi 2012. Semua guru dan pelajar terlibat bagi menjayakan program tersebut. Program ini dikendalikan oleh Unit binbingan dan kaunseling, Koperasi Saina dan warga Exzeava 0913. Pelbagai aktiviti diadakan bagi memeriahkan lagi program ini seperti melukis poster bagi tingkatan 1, mencipta dialog bagi tingkatan 2, permainan sepak raga, cabutan bertuah dan sebagainya. Beberapa buah gerai menjual pelbagai juadah makanan. Antara juadah makanan yang dijual ialah ayam goreng, macaroni bakar, nata de gayong dan banyak lagi. Gerai-gerai yang dibuka terdiri daripada badan pengawas, pembimbing rakan sebaya, pustakawan, pengakap, SENADA, Briged Bestari dan banyak lagi. Program ini berjalan dengan lancar serta mendapat sambutan yang amat menggalakkan

“KOPERASI MENJANA KESEJAHTERAAN SEJAGAT”

Sumber :Nurul Athirah bt Abu Hassan

Komen
Tiada komen dihantar.
Hantar Komen
Sila log masuk untuk hantar komen.
Ratings
Rating is available to Members only.

Please login or register to vote.

No Ratings have been Posted.