Kursus Kepimpinan Sistem Rumah (KESUMA)
Cetak
Kiriman  journalistOleh: journalistKirimanpada  24-05-2012 17:00 24-05-2012 17:00 734  Baca 734 Baca 0 Komen 0 Komen

Saina telah mangadakan Kursus Kepimpinan Sistem Rumah (KESUMA) buat kali pertama pada tahun 2012. Saina mempunyai empat buah rumah sukan iaitu Angsana, Cengal,Jati dan Merbau.  Program ini berjalan selama 2 hari bermula pada 19 Mei hingga 20 Mei 2012.  Semua guru dan pelajar terlibat bagi menjayakan program ini. Program ini dirasmikan oleh Penolong Kanan Kurikulum Sekolah Menengah Sains Pokok Sena, Tuan Haji Wan Mohd Sopi bin Wan Muda manakala perasmian penutup oleh Pegetua Cemerlang Sekolah Menengah Sains Pokok Sena, Tuan Haji Jamaluddin bin Ariffin. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim serta memupuk semangat kerjasama  antara ahli rumahg sukan bersama guru rumah sukan masing-masing. Kursus ini juga membantu ahli rumah sukan untuk menambah markah rumah masing-masing dari segi sahsiah, kokurikulum dan 3K. KESUMA pada tahun ini berpihak kepada rumah Angsana.

Komen
Tiada komen dihantar.
Hantar Komen
Sila log masuk untuk hantar komen.
Ratings
Rating is available to Members only.

Please login or register to vote.

No Ratings have been Posted.