Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah Kali ke-16
Cetak
Kiriman  journalistOleh: journalistKirimanpada  24-05-2012 15:57 24-05-2012 15:57 728  Baca 728 Baca 0 Komen 0 Komen

RABU,16 Mei 2012-Saina telah mengadakan sambutan hari guru peringkat sekolah kali ke-16. Majlis ini dikelolakan oleh para pelajar Evolution 0812 serta pengawas tingkatan 4. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk menghargai jasa guruyang tidk pernah jemu mencurahkan ilmu kepada para pelajar. Pelbagai aktiviti yang diadakan seperti sukaneka yang bertema “Remajaku Kembali Lagi”, cabutan bertuah, pertandingan kain rentang dan sebagainya. Majlis ini dirasmikan oleh Penolaong Kanan Kurikulum, Tuan Haji Wan Mohd Sopi bin Wan Muda. Majlis ini berjalan dengan lancar serta mendapatkan sambutan yang amat menggalakkan daripada guru-guru dan para pelajar. Beberapa persembahan turut diadakan oleh pelajar tingkatan 5 untuk memeriahkan lagi suasana hari guru. Antara persembahan yang diadakan ialah mendeklamasikan sajak oleh Nur Fatin Akmal dan Nur Farhanah Natasha, dikir barat dan nyanyian yang bertajuk “Nobody’s Perfect” oleh Fatin Nur Shafoqah dan Fatin Athirah. Majlis ini bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 1.45 petang.

“GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA”

Komen
Tiada komen dihantar.
Hantar Komen
Sila log masuk untuk hantar komen.
Ratings
Rating is available to Members only.

Please login or register to vote.

No Ratings have been Posted.