Isnin, 30 April 2012- Saina telah menjadi tuan rumah dalam Program Galakan Membaca, Pertandingan Jejak Maklumat dan Bestari Minda Peringkat PKG Pokok Sena. Program ini dianjurkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Kota Setar da PKG Pokok Sena. Program ini dirasmikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Kota Setar, Haji Saidin bin Bakar. Terdapat dua kategori iaitu kategori sekolah rendah dan ketegori sekolah menengah. Oleh itu, Saina telah menghantar dua pasukan sebagai wakil sekolah. Saina telah memenangi tempat pertama dan kedua dalam pertandingan ini. Program ini dibantu oleh beberapa orang guru pustakawan dan pustakawan tingkatan dua dan empat. Secara keseluruhannya, program ini telah berjalan dengan lancer serta mendapat sambutan yang amat menggalakkan. “NADI ILMU AMALAN MEMBACA”
PROGRAM GALAKAN MEMBACA, PERTANDINGAN JEJAK MAKLUMAT PERINGKAT PKG POKOK SENA 2012
Komen
Hantar Komen
Sila log masuk untuk hantar komen.
Ratings