Majlis Berbuka Puasa Perdana
Cetak
Kiriman  content_adminOleh: content_adminKirimanpada  03-09-2009 13:41 03-09-2009 13:41 738  Baca 738 Baca 0 Komen 0 Komen

Pada hari ini, Khamis bersamaan 03 September 2009 akan diadakan Majlis Berbuka Puasa Perdana anjuran bahagian Asrama Sekolah Menengah Sains Pokok Sena. Majlis ini bertempat di Dewan Makan Sri Jati SAINA. Seramai 636 pelajar SAINA bersama ahli Jawatankuasa bahagian asrama yang akan memenuhi dewan makan asrama pada hari ini. Turut dijemput guru-guru SAINA untuk sama-sama memeriahkan majlis.

Majlis ini juga turut menjemput Tahfiz untuk berbuka puasa bersama-sama seterusnya menjadi imam bagi solat Sunat Terawih yang akan diadakan di Surau al-Fatonah SAINA.

Kami warga pengurusan Pterocarpus Online dan pihak Sekolah Menengah Sains Pokok Sena mengucapkan SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA sepanjang bulan Ramadhan kepada semua warga SAINA dan pengunjung Pterocarpus Online yang beragama Islam. Semoga Ramadhan tahun ini membawa keberkatan dan keampunan daripada Allah kepada kita semua.
Komen
Tiada komen dihantar.
Hantar Komen
Sila log masuk untuk hantar komen.
Ratings
Rating is available to Members only.

Please login or register to vote.

No Ratings have been Posted.