View Thread
 Print Thread
Kenapa Kita Begini?
fuad_smkatj
1. Ketika golongan bukan Islam menghina/ memperlekehkan Islam, kenapa kita memukul/ memarahi mereka? Tidak ingatkah kita peristiwa badwi kencing dalam masjid pada zaman Rasulullah? Sikap kita inilah menyebabkan Islam digelar agama keganasan.

2. Ketika umat lain begitu hebat berdakyah agama mereka, kenapa kita hanya tahu marah sahaja? Kenapa kita tidak turut berdakwah? Kenapa marah orang lain kalau kita sendiri tak buat kerja?

3. Kenapa kita lebih suka beribadat seorang diri daripada melakukan ibadat yang dapat memanfaatkan semua umat Islam? Adakah dengan zikir, tahmid itu dapat menyelamatkan anda? Tidak jika anda tidak melakukan sesuatu untuk membantu umat Islam seperti membantu kempen anti murtad, dakwah, amar makruf nahi mungkar dan sebagainya. Allah memerintahkan kita menjaga diri dan ahli dari api neraka. Bukan diri kita sahaja. Termasuk dalam perbuatan menentang Islam adalah tidak menghiraukan masalah umat Islam. Orang yang menentang Islam tiadalah tempatnya melainkan neraka.

4. Kenapa kita terlalu bangga berketurunan Rasulullah, ulamak, sedangkan kita tidak pernah mahu mencontohi mereka?

5. Kenapa kita suka mengagungkan kisah-kisah wali Allah yang dapat terbang, ghaib sedangkan kita tidak pernah cuba menceritakan perihal karamah ulamak muktabar seperti Imam Malik yang mengarang kitab untuk kegunaan umat manusia? Karamah berjalan atas air, terbang tidaklah hebat kerana ia tidak menguntungkan umat Islam sedangkan karamah kebolehan mengarang kitab-kitab feqah adalah karamah yang paling hebat kerana telah membantu umat Islam zaman berzaman.

6. Kenapa kita begitu hebat beradu kebolehan melagukan al Quran hingga menganjurkan pelbagai jenis pertandingan sedangkan kita tidak faham satu pun al Quran yang kita baca? Al Quran yang menenangkan adalah apabila kita baca, kita faham. Apakah faedahnya mampu melagukan al Quran dengan begitu hebat jika kita tidak faham malah tidak mengamalkan apa yang kita lagukan?

7. Kenapa kita terlalu menjaga sunnah Rasulullah yang kecil seperti janggut, serban, jubah sedangkan pada masa yang sama kita tidak menjaga sunnah yang paling utama iaitu membantu perjuangan Islam?

8. Kenapa kita masih bersandiwara mengenai khaira ummatin? Tidakkah anda merasa malu mengakui umat hari ini adalah umat terbaik? Umat khaira ummatin adalah umat di zaman sahabat. Umat kita hari ini telah melakukan segala amalan yang menyebabkan turunnya bala ke atas umat-umat terdahulu. Anda masih mengakui umat hari ini sebagai khaira ummatin?


Wallahua
Na na na na na Terengganu kite..

[img]http://www.ar-romli.net/gambar/minibarsmkatj.jpg[/img] is not a valid Image.

[img]http://img440.imageshack.us/img440/1902/signadmincopyjb2.jpg[/img] is not a valid Image.
http://smkatokjir...
http://mfnw.ar-ro...
http://fuad3s.blo...
 
http://fuad3s.blogspot.com
Fattah
islam is my life.....
go go go!!!
 
Jump to Forum: