View Thread
 Print Thread
Menghadapi peperiksaan - Strategi dan persediaan
Fattah
[color=lime]BERHADAPAN dengan sesuatu peperiksaan utama adalah sesuatu yang menggelisahkan bagi semua orang. Tidak kira sama ada anda seorang yang baru pertama kali menghadapinya ataupun telah berkali-kali menempuhnya.

Perasaan berdebar-debar sentiasa menghantui pelajar, tidak kira betapa bersedianya seseorang itu untuk menghadapi peperiksaan.

Bagi calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), mungkin masih sempat untuk mendapat manfaat dari artikel ini memandangkan anda akan menghadapi peperiksaan pada hari ini dan esok.

Bagaimanapun, bagi calon Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) anda masih mempunyai masa untuk membuat persiapan akhir sebelum melangkah ke dewan peperiksaan.

Ikuti panduan ringkas di bawah untuk membantu anda menghadapi peperiksaan dengan lebih bersedia:

1. Semak nota ringkas

Semak semula kad-kad nota, nota-nota ringkas atau peta-peta minda yang telah anda buat sebelum ini.

Menyemak semula nota-nota ringkas ini akan memberikan peluang kepada anda untuk mengesan kelemahan anda pada sesuatu topik.

Anda perlu ingat, ketika ini, bukannya masa untuk mempelajari perkara-perkara baru, sebaliknya mengulangkaji fakta-fakta penting.

Ambil tindakan segera untuk mencari maklumat tambahan mengenai apa yang anda masih tidak faham sama ada daripada guru anda sendiri ataupun berbincang dengan rakan-rakan yang lebih mengetahui.

Semasa mengulangkaji, dapatkan tip daripada guru anda mengenai topik-topik mana yang dirasakan penting untuk diberi penekanan.

Selalu lah bersemuka dan berbincang dengan guru anda kerana mana tahu, kadang kala melalui komunikasi bersemuka ini, anda akan menerima tip-tip istimewa daripada guru anda.

Tip mengingat

i. Petua mengingati fakta-fakta yang sukar ialah sama ada dengan membentuk akronim bagi pangkal huruf fakta ataupun mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang mempunyai kaitan dalam hidup anda.

(Pelajar cemerlang PMR yang mendapat 16 A, Yap Swee Lin berkata, untuk memudahkan beliau mengingati fakta sejarah beliau membayangkannya dalam bentuk persembahan teater)

ii. Membentuk rajah dan diagram mudah terutamanya bagi mengingati fakta-fakta yang memerlukan urutan.

iii. Berlagak seperti guru. Anda boleh mencuba petua ini iaitu dengan cara menjelaskan sesuatu konsep secara verbal dan bukan bergantung kepada bahan atau buku-buku ulang kaji. Dengan berbuat begini, anda boleh membayangkan sesuatu konsep secara lebih jelas.

2. Banyakkan latihan

Lakukan lebih banyak latihan daripada bank-bank soalan. Anda boleh melayari Portal Pendidikan Utusan untuk melihat kembali bank-bank soalan bagi membiasakan diri anda dengan bentuk-bentuk soalan sesuatu topik.

Satu lagi yang boleh anda lakukan ialah dengan melihat kembali soalan-soalan kuiz yang pernah dikemukakan oleh guru-guru anda di dalam kelas. Anda perlu ingat, ada juga antara guru anda adalah penggubal soalan-soalan peperiksaan. Beliau kemungkinan memberikan soalan-soalan kuiz yang menyerupai soalan-soalan peperiksaan akhir.

3. Ulang kaji berkumpulan

Mengulangkaji secara berkumpulan memang baik antara langkah terbaik untuk seseorang menguasai dan memahami sesuatu subjek. Tetapi, anda perlu pastikan kumpulan belajar anda tidak terlalu ramai kerana jika terlalu ramai, anda akan hilang tumpuan. Ada kalanya anda lebih banyak berbual-bual kosong daripada belajar.

Gunakan rakan-rakan dalam kumpulan belajar ini untuk bertukar-tukar koleksi-koleksi kertas-kertas soalan.

4. Urus masa ulang kaji

Satu lagi perkara penting yang perlu diambil perhatian oleh semua pelajar ialah cara bagaimana kita menguruskan masa ulang kaji.

Bagaimanapun, yang penting anda perlu membuat ulang kaji setiap hari. Bila waktunya, bergantung kepada kesesuaian anda. Bagaimanapun, semasa ulang kaji ini, seboleh-bolehnya, elakkan daripada gangguan-gangguan sampingan seperti televisyen dan radio. Ia akan menganggu tumpuan anda.

Ehsan : Utusan Malaysia [/color]
 
Jump to Forum: