View Thread
 Print Thread
Kisah Dajjal || Sila Baca ||
Fattah
[color=purple]




Dajjal adalah seorang manusia dari keturunan Yahudi. Dia bukan Jin atau apa
jua makhluk lain selain ia sebagai manusia yg ditangguhkan ajalnya "Minal
Munzharin" seperti halnya Nabi Isa as yg di angkat oleh Allah swt ke atas
langit dan ditangguhkan kematiannya sehingga beliau nantinya turun semula
ke atas muka bumi ini lalu beliau akan mati dan di kuburkan di Madinah Al
Munawwarah. Sama juga halnya dgn Iblis yg di tangguhkan kematiannya
sehingga kiamat nanti.

Dajjal; ayahnya seorang yg tinggi dan gemuk. Hidungnya seperti Paruh
burung. Sedangkan Ibunya pula seorang perempuan gemuk dan banyak dagingnya.
Menurut Imam Al Barzanji ada pendapat mengatakan bahawa asal keturunan
bapanya ialah seorang Dukun Yahudi yg di kenali dgn "syaqq" manakala ibunya
adalah dari bangsa Jin. Ia hidup di zaman Nabi Sulaiman as dan mempunyai
hubungan dengan makhluk? halus. Lalu oleh Nabi Sulaiman ia akhirnya
ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara. Walau bagaimanapun kelahiran dan
kehidupan masa kecil tidak diketahui dgn jelas.

Sifat? Badannya: Hadis Huzaifah r.a katanya: Rasulullah s.a.w. telah
bersabda: Dajjal ialah orang yang buta matanya sebelah kiri, lebat
(panjang) rambutnya serta dia mempunyai Syurga dan Neraka. Nerakanya itu
merupakan Syurga dan Syurganya pula ialah Neraka (Hadis Sahih Muslim)

Ada beberapa ciri perawakan Dajjal yg disebutkan dalam Hadis? Rasulullah
saw, diantaranya: Seorang yg kelihatannya masih muda; Berbadan Besar dan
agak kemerah-merahan; Rambutnya kerinting dan tebal. Kelihatan dari
belakang seolah-olah dahan kayu yg rimbun.

Dan tandanya yg paling ketara sekali ada dua: Pertama: Buta mata kirinya
dan kelihatan seperti buah kismis yg kecut,manakala mata kanannya tertonjol
keluar kehijau-hijauan berkelip-kelip laksana bintang. Jadi kedua-dua
matanya adalah cacat. Kedua: Tertulis didahinya tulisan "Kafir
(Kaf-Fa-Ra)". Tulisan ini dapat dibaca oleh setiap org Islam, sama ada ia
pandai membaca atau tidak.

Mengikut hadis riwayat At-Thabrani, kedua-dua tanda ini menjelma dalam diri
Dajjal setelah ia mengaku sebagai Tuhan. Adapun sebelum itu, kedua-dua
tanda yg terakhir ini belum ada pada dirinya.

Tempat Tinggalnya Sekarang:

Menurut riwayat yg sahih yg disebutkan dlm kitab "Shahih Muslim", bahawa
Dajjal itu sudah wujud sejak beberapa lama. Ia dirantai di sebuah pulau dan
ditunggu oleh seekor binatang yg bernama "Al-Jassasah". Terdapat hadis
mengenainya.. (tetapi terlalu panjang utk ditulis.. anda boleh membaca
terus dari buku). Daripada Hadis ini jelaslah bagi kita bahawa Dajjal itu
telah ada dan ia menunggu masa yg diizinkan oleh Allah swt utk keluar
menjelajah permukaan bumi ini dan tempat "transitnya" itu ialah di sebelah
Timur bukan di Barat.

Berapa lama ia akan hidup setelah kemunculannya: Dajjal akan hidup setelah
ia memulakan cabarannya kepada umat ini, selama empat puluh hari sahaja.
Namun begitu, hari pertamanya adalah sama dgn setahun dan hari kedua sama
dengan sebulan dan ketiga sama dengan satu minggu dan hari-hari baki lagi
sama seperti hari-hari biasa. Jadi keseluruhan masa Dajjal membuat fitnah
dan kerosakan itu ialah 14 bulan dan 14 hari.

Dalam Hadis riwayat Muslim ada disebutkan: Kami bertanya: "Wahai
Rasulullah! Berapa lamakah ia akan tinggal di muka bumi ini? Nabi saw,
menjawab: Ia akan tinggal selama empat puluh hari. Hari yg pertama seperti
setahun dan hari berikutnya seperti sebulan dan hari ketiga seperti
seminggu. Kemudian hari? yg masih tinggal lagi (iaitu 37 hari) adalah sama
seperti hari? kamu yg biasa. Lalu kami bertanya lagi: Wahai Rasulullah saw!
Di hari yg panjang seperti setahun itu, apakah cukup bagi kami hanya
sembahyang sehari sahaja (iaitu 5 waktu sahaja). Nabi saw menjawab: Tidak
cukup. Kamu mesti mengira hari itu dgn menentukan kadar yg bersesuaian bagi
setiap sembahyang.."

Maksud Sabdaan Rasulullah saw, ini ialah supaya kita mengira jam yg berlalu
pada hari itu. Bukan mengikut perjalanan matahari seperti biasanya kita
lakukan. Misalnya sudah berlalu tujuh jam selepas sembahyang Subuh pada
hari itu maka masuklah waktu sembahyang Zohor, maka hendaklah kita
sembahyang Zohor, dan apabila ia telah berlalu selepas sembahyang Zohor itu
tiga jam setengah misalnya, maka masuklah waktu Asar, maka wajib kita
sembahyang Asar Begitulah seterusnya waktu Sembahyang Maghrib, Isyak dan
Subuh seterusnya hingga habis hari yg panjang itu sama panjangnya dgn masa
satu tahun dan bilangan sembahyang pun pada sehari itu sebanyak bilangan
sembahyang setahun yg kita lakukan. Begitu juga pada hari Kedua dan ketiga.

Fitnah Dajjal:

Dajjal telah diberi peluang oleh Allah swt utk menguji umat ini. Oleh
kerana itu, Allah memberikan kepadanya beberapa kemampuan yg luar biasa. Di
antara kemampuan Dajjal ialah:
1. Segala kesenangan hidup akan ada bersama dengannya. Benda-benda beku
akan mematuhinya.Sebelum kedatangan Dajjal, dunia Islam akan diuji dahulu
oleh Allah dgn kemarau panjang selama 3 tahun berturut-turut. Pada tahun
pertama hujan akan kurang sepertiga dari biasa dan pada tahun kedua akan
kurang 2/3 dari biasa dan tahun ketiga hujan tidak akan turun langsung.
Umat akan dilanda kebuluran dan kekeringan. Di saat itu Dajjal akan muncul
membawa ujian. Maka daerah mana yg percaya Dajjal itu Tuhan, ia akan
berkata pada awan: Hujanlah kamu di daerah ini! Lalu hujan pun turunlah dan
bumi menjadi subur. Begitu juga ekonomi, perdagangan akan menjadi makmur
dan stabil pada org? yg bersekutu dgn Dajjal. Manakala penduduk yg tidak
mahu bersukutu dgn Dajjal..mereka akan tetap berada dlm kebuluran dan
kesusahan. Dan ada diriwayatkan penyokong Dajjal akan memiliki segunung
roti (makanan) sedangkan org? yg tidak percaya dengannya berada dalam
kelaparan dan kebuluran.

Dalam hal ini, para sahabat Rasullullah s.a.w. bertanya: "Jadi apa yg
dimakan oleh org Islam yg beriman pada hari itu wahai Rasulullah?"

Nabi menjawab: "Mereka akan merasa kenyang dengan bertahlil,bertakbir,
bertasbih dan bertaubat. Jadi zikir-zikir itu yang akan menggantikan
makanan." H.R Ibnu Majah

2. Ada bersamanya seumpamanya Syurga dan Neraka: Di antara ujian Dajjal
ialah kelihatan bersama dengannya seumpama syurga dan neraka dan juga
sungai air dan sungai api. Dajjal akan menggunakan kedua-duanya ini untuk
menguji iman org Islam kerana hakikat yg benar adalah sebalik dari apa yg
kelihatan. Apa yg dikatakan Syurga itu sebenarnya Neraka dan apa yg
dikatakannya Neraka itu adalah Syurga.

3. Kepantasan perjalanan dan Negeri-Negeri yang tidak dapat dimasukinya:
Kepantasan yg dimaksudkan ini tidak ada pada kenderaan org? dahulu. Kalau
hari ini maka bolehlah kita mengatakan kepantasan itu seperti kepantasan
jet-jet tempur yg digunakan oleh tentera udara atau lebih pantas lagi
daripada kenderaan tersebut sehinggakan beribu-ribu kilometer dapat
ditempuh dalam satu jam "... Kami bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana
kepantasan perjalanannya di atas muka bumi ini?

Nabi menjawab: "Kepantasan perjalanannya adalah seperti kepantasan "Al
Ghaist" (hujan atau awan) yang dipukul oleh angin yang kencang." H.R Muslim

Namun demikian, Dajjal tetap tidak dapat memasuki dua Bandar suci umat
Islam iaitu Makkah Al Mukarramah dan Madinah Al Munawwarah.

4. Bantuan Syaitan-Syaitan untuk memperkukuhkan kedudukannya: Syaitan? juga
akan bertungkus-lumus membantu Dajjal. Bagi syaitan, inilah masa yg terbaik
utk menyesatkan lebih ramai lagi anak cucu Adam a.s.

CARA UTK SELAMAT DARI FITNAHNYA:

Rasulullah s.a.w. juga telah meninggalkan kepada kita beberapa cara yg
perlu diikuti supaya kita dapat selamat dari fitnah Dajjal ini. Cara-cara
itu ialah:

Pertama: Memahami bahawa Dajjal itu adalah pendusta dan pembohong serta
mempunyai beberapa kelemahan yg ketara sekali. Diantaranya ialah buta mata
sebelah kiri. Seandainya ia sebagai tuhan, sudah tentu ia dapat
menghindarkan cacat cela yg jelas dapat dilihat di mukanya itu. Dajjal
takut kalau ada orang yg sempat memperhatikan kekurangannya ini. Oleh
kerana itu apabila ia selesai memfitnah org di suatu tempat, ia akan segera
beredar dari situ. Ia takut ada orang yang meneliti keaiban dan
kekurangannya ini.

Kedua: Tertulis didahinya perkataan "Kafir" yang bererti ia adalah seorang
kafir, di mana tulisan ini akan dapat dibaca oleh setiap Muslim, sama ada
dia pandai membaca atau tidak. Jadi orang Islam tidak perlu terpedaya dgn
godaannya. Apakah lagi nak mengatakan dia sebagai tuhan.

Ketiga: Menghindarkan diri daripadanya, sama ada pergi ke Makkah atau
Madinah atau duduk di rumah dan jgn bergaul langsung dgn masyarakat yg
telah tergoda oleh fitnah Dajjal dan hendaklah ia menghalang golongan
perempuan dari keluar rumah kerana kebanyakan pengikut Dajjal ini dari
kalangan orang yang jahil tentang Islam dan golongan perempuan.

Keempat: Membaca sepuluh ayat pertama (atau yg terakhir) dari surah
Al-Kahfi seperti yg disebutkan dalam hadis Rasulullah saw: "... . Sesiapa
yg hafal sepuluh ayat dari ayat awal surah Al-Kahfi, ia akan terpelihara
dari godaan Dajjal dan dalam riwayat lain, siapa yg hafal sepuluh ayat yg
terakhir daripadanya.." (Hadis Sahih Muslim)



"Sejak Allah s.w.t. menciptakan Nabi Adam a.s. sampai ke hari kiamat nanti
tidak ada satu ujian pun yg lebih dahsyat daripada Dajjal" H.R Muslim.

Fitnah Dajjal atau ujian Dajjal ini akan mudah meragut keimanan seseorang.
Oleh itu maka janganlah ada di kalangan ummat Islam ini yg berkata: "Saya
tak apa, saya dapat melawan Dajjal" Jangan sekali-kali berkata demikian
kerana sgt sedikit org yg dapat mempertahankan keimanan ketika berhadapan
dgn Dajjal. Oleh itu Rasulullah s.a.w. telah mengajar kita supaya
berlindung dengan Allah s.w.t. dari godaan Dajjal, seperti yg di ajarkan
oleh Baginda dlm doa tahiyyat akhir yg sunat doa itu kita baca setiap kali
kita sembahyang. Ini menunjukkan betapa besarnya fitnah Dajjal tersebut "Ya
Allah aku berlindung dgn engkau daripada siksa api neraka Jahanam dan dari
siksa kubur dan dari ujian dlm kehidupan dan ujian setelah mati dan juga
aku berlindung dgn Engkau daripada kejahatan Al Masih Dajjal.." H.R Muslim[/color]
Edited by Fattah on 28. April 2007 16:37
 
Jump to Forum: