View Thread
 Print Thread
Mohon Maaf Atas Segala Kesulitan Yang Dialami
Pentadbir
Kami pihak pengurusan laman web ini ingin memohon maaf atas segala kekurangan yang terdapat pada laman web ini. Kami telahpun mencuba sedaya upaya untuk memenuhi kehendak pengguna laman web ini untuk tujuan-tujuan tertentu namun sekali lagi kami ingin memohon maaf kerana kebanyakan permintaan yang diajukan tidak dapat kami laksanakan atas sebab proses penyelenggaraan web ini berikutan sistem pangkalan data web ini mengalami masalah teknikal yang serius dan ini memakan masa yang lama untuk bertukar seperti sedia kala.

InsyaALLAH, selepas ini kami akan cuba menjalankan tugas untuk memastikan laman web ini sentiasa dikemas kini dengan informasi-informasi yang baru berikutan masalah teknikal telahpun dapat diselesaikan akhirnya. Sekali lagi kami bagi pihak Badan Briged Bestari SAINA ingin memohon kemaafan andai kata segala permintaan yang sebelum ini diutarakan kepada kami tidak kami tunaikan dengan sempurna.

Di harap agar semua pihak dapat memahami kondisi yang kami alami memandangkan kami hanyalah pelajar yang tidak mampu memberi 100% komitmen hanya kepada bidang ini. Harap maklum.



[img]http://www.smsps.edu.my/images/logobb.gif[/img] is not a valid Image.
 
Jump to Forum: