View Thread
 Print Thread
nak torrent laju cena?
andromeda
em...
mesti soalan bodoh... Wink

xde ar, sebab tmnet streamyx kan dia block connection torrent ni..if i'm not mistaken...

so...aku guna utorrent, streamyx 1.5Mbit/s (=190KByte/s) tapi dibuat wifi la... so mesti la tak akan sampai 190KB/s Grin

ada tips nak download laju?tukar client?tukar setting?robek registry?
boleh share?
Edited by andromeda on 23. May 2009 11:32
From M31 with blazin' supernovas at the speed of light...
 
system_admin
Untuk makluman, torrent adalah suatu aplikasi yg digunakan untuk tujuan perkongsian fail. Pertama sekali anda perlu tahu terlebih dahulu bahawa fail torrent itu bukanlah fail yang sebenarnya akan dimuat turun. Fail torrent hanyalah fail sementara yang mengandungi "data link tracker" dari fail yang akan dimuat turun. Dengan menggunakan aplikasi torrent misalnya utorrent atau BitTorrent, komputer kita akan dihubungkan dengan komputer-komputer yang menyediakan fail (seeder) yang akan dimuat turun nanti. Jadi kita memuat turun fail tersebut secara "peer to peer (P2P)". Semakin banyak peer yang terhubung dengan komputer kita, semakin cepat proses muat turun. Hal ini kerana kita memuat turun fail tersebut dari banyak sumber, berbeza dengan cara muat turun menggunakan Port/Socket dari HTTP/HTTPS dimana kita memuat turun fail dari satu server laman web sehingga semakin banyak orang mendownload pada laman web tersebut, semakin lambat prosesnya.

Jadi, untuk soalan mempercepat proses memuat turun fail torrent adalah bergantung kepada :

1 - Berapa banyak peer yang terhubung dengan komputer/rangkaian kita.

2 - Jika streamyx membuka sedikit route untuk port P2P berjalan lancar. Ini kerana TM ingin mengurangkan penggunaan bandwidth untuk pengguna-pengguna streamyx menikmati sambungan internet yang lancar dan tidak mempunyai masalah untuk melayari internet.

3 - Boleh juga anda keluarkan sedikit sumber kewangan anda untuk membeli perisian yg boleh mempercepat kelajuan memuat turun fail torrent. Anda boleh layari laman web Raymond.cc


HARAP MEMBANTU
 
Jump to Forum: