View Thread
 Print Thread
mengingat!
sapphire
kemahiran belajar tidak lengkap jika xda proses mengingat. Segala fakta yang ada hendaklah disimpan agar x lupa when needed. Kat sini,, ada beberapa kaedah yang dapat membantu mempertingkatkan teknik mengingat:

1. Hafal isi yang dibaca

* Ingatkan perkara yang utama yang perlu kamu ketahui dalam pembacaan itu.
* Contohnya : Sebelum membuka buku, ingat "Apakah warna pelangi dan bagaimanakah pelangi terbentuk?"

2. Isi DISUSUN dengan betul

* Sebutkan isi yang kamu hafal.
* Ketika menghafal suara mesti jelas supaya telinga mendengar apa yang kamu hafal.

3. Tentukan perkara yang perlu DIINGAT

* Pastikan turutan isi betul.
* Contoh : Kamu ingin mengingat nama bulan.
* Pastikan kamu menghafal bermula daripada bulan Januari dan berakhir dengan Disember.

4. UJI kemampuan daya ingatan.

* Di sini kamu perlu memainkan dua watak i - Penyoal ii - Penjawab
* Cuba "Soal" apa yang ingin kamu ingat. Kemudian jawab.
* Jika kamu dapat mengingat, teknik ingatan sedang berlaku.

5. Lakukan ULANG KAJI sekerap mungkin

* Baca, baca, baca dan bacalah selagi ada kesempatan.
* Pembacaan yang berulang kali akan mengukuhkan daya ingatan.

6. Cuba INGAT semula apa yang kamu telah baca

* Proses mengingat semula, kebiasaannya dilakukan dalam dua keadaan:

a - Sebelum tidur
b - Selepas tidur

* Kaedah ini mampu mengekalkan ingatan kamu dalam masa jangka panjang.

7. Menggunakan Kaedah AKROSTIK

* Menggunakan Kepala huruf fakta membentuk ayat.
* Contoh: Jenis kata:

Kata ---> Nama, Kerja, Adjektif, Keterangan, Tugas, Sandang
---> Nana Kejar Ayam Keliling Taman Sana

8. Menggunakan kaedah BUNYI SEAKAN

* Gantikan fakta kepada bentuk cerita.
* Contoh:

Kelas Makanan ---> Lemak, Vitamin, Pelawas, Air, Garam Mineral, Protein, Karbohidrat
---> Mak Amin tak Lawas bila minum Air Mineral dalam Tin Karat

9. Menggunakan Teknik PEMBAHAGIAN NOMBOR

* Bahagikan nombor yang hendak dihafal kepada beberapa bahagian.
* Contoh:

(654320789) ---> 654.....320.....789

10. Praktikkan penggunaaan SISTEM IRAMA

* Tukarkan ayat atau isi yang hendak dihafal ke dalam bentuk irama.
* Pilih lagu yang paling kamu gemari.
* Ingatan menjadi bertambah kuat jika kamu menggunakan irama lagu artis pujaan kamu.

11. Praktikkan Penggunaan SISTEM GAMBAR

* Gambarkan objek yang ada kaitan dengan isi yang perlu dihafal.
* Contoh : Kamu ingin mengingat perkataan "bank". Kaitkan dengan gambar "duit".

12. Menggunakan KAEDAH AKRONIM

* Menggabungkan huruf pangkal untuk membentuk satu perkataan yang perlu diingat.
* Contoh :

Pengelasan Haiwan ----> Reptilia, Ikan, Mamalia, Burung, Amfibia ----> RIMBA
Edited by sapphire on 12. September 2007 00:39
SaVE THe BeST FoR LaST...~ *winks*
 
kakashi_sensei
lor.. buat la teknik neumonik ke... teknik cerita ke.. teknik lagu ke... banyak lagi teknik...
nak blajaq????
aku juz guna sharingan jer.. hehe...
nokotta
 
http://ilyas-kakashi.blogspot.com
Najib
teknik cerita + lagu pon bagos gak..
nak hafal kimia pya electrochemical series elok la gna teknik tu..
[img]http://www.naruto-arena.com/images/myplayercard/785700.jpg[/img] is not a valid Image.
 
kakashi_sensei
k - kalau K+
n - nak Na+
c - cepat Ca+
m - mati Mg2+
a - amik Al3+
z - zink Zn2+
f - ferum Fe2+
s - sumbat Sn2+
p - pada Pb2+
h - hidung Hg2+
c - cucuh Cu2+
a - api Ag2+


f - fawza Fl-
s - sabila SO42-
n - nak NO23-
c - cari Cl-
b - bakal Br-
i - isteri I-
o - orang OH-

weh.. tak brapa nak igt arrr......
bob ... salah gtau....
hehe...
nokotta
 
http://ilyas-kakashi.blogspot.com
solha
Dear brothers and sisters..
as a muslim believer..for every night..
klu nk snang masuk ilmu..
amal surah Ar Rahman n Surah Al Waqiah...
Surah Luqman pn..
insyaallah, murah rezki..
trust me..
good luck
 
kakashi_sensei
Allah is the most powerful who can create and destroy... He will be with you if u ask favousrs from Him... He will move away from you when you ask somebody to help u..
so, kaitannya, minta lah pertolongan kepada Allah brulah kepada manusia... klu nak mghafal, cuba hafal Surah-surah dalam quran... msti sng gak nak hafal pelajaran....
nokotta
 
http://ilyas-kakashi.blogspot.com
Jump to Forum: