Hirarki Artikel
Artikel: Tokoh dan aspirasi
Albert Einstein
The Most Intelligent Person In the Earth - Albert Einstein

Bill Gates - The Richest Man In the Earth
Know more of Microsoft Chairman, Bill Gates or Willian Henry Gates.

Kejayaan Nik Nur Madihah

Hidup tanpa peralatan canggih dan kemudahan sempurna bukan penghalang untuk seseorang menempa kejayaan. Malah kesukaran dan kekurangan itulah yang menjadi pendorong kepada usaha untuk mengubah nasib ke tahap lebih baik sambil membahagiakan ibu bapa.

Siapa sangka rumah yang kelihatan hampir roboh ini menyimpan sebutir permata berharga yang bakal menyinar suatu hari nanti.

Bahkan tidak seorang juga yang terfikir bahawa permata yang berlindung di rumah ini telah mencipta sejarah dengan memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan. Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal, 18, mencatat keputusan cemerlang 19 A1 dan satu A2.

Kejayaan pelajar dari Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi (Perempuan), Kota Bharu, Kelantan ini agak istimewa kerana dia adalah anak seorang nelayan berbanding pelajar cemerlang SPM sebelum ini yang datang dari keluarga yang agak senang.

Dia yang pernah menjadi antara pelajar terbaik peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) peringkat kebangsaan 2006, bertukar menjadi selebriti sekelip mata kerana kecemerlangannya itu.

Malah wartawan yang berpusu-pusu untuk menemu bualnya terpaksa menunggu giliran untuk memasuki rumah yang disewa bapanya dengan harga RM90 sebulan kerana ia terlalu sempit dan agak uzur.

Rumah kecil itu menjadi gambaran kehidupan sukar mereka sekeluarga malah bilik kecil yang dilindungi almari di ruang tamu yang menjadi tempatnya untuk berehat manakala ruang tamu yang mampu memuatkan kira-kira empat orang itu menjadi bilik belajar tetapnya pada setiap hari.

Kejayaan adik Nik Nur Madihah patut menjadi pendorong dan pemangkin kepada pelajar-pelajar kerana kemiskinan dan kesusahan hidup tidak semestinya menjadi penghalang kepada potensi untuk berjaya dalam pelajaran.



Khasiat Kurma

Khasiat Kurma

Assalamualaikum…

Pada Bulan Ramadhan ini, kita disunatkan memakan kurma oleh Rasulullah SAW, ternyata kurma itu sangat berkhasiat.

Buah kurma atau dalam bahasa Arab, tamar adalah dari jenis tumbuhan palma seperti kelapa sawit sementara buahnya bertangkai seperti buah pinang. Kurma mengandungi khasiat pemakanan yang tinggi seperti kismis dan aprikot kering. Antaranya kurma kaya denganprotein, serat, gula, vitamin A dan C serta zat galian seperti besi, kalsium, sodium dan potasium.

Kandungan protein didalam kurma lebih kurang 2 %, serat hampir 4 % manakala kandungan gulanya 50 hingga 57 % glukosa. Ini menunjukkan kandungan gula didalamnya telah ditukar secara semulajadi. Bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap badan adalah serta merta. Gula didalam kebanyakan buah-buahan dikenali sebagai fraktosa dan gula tebu atau gula pasir yang biasa mengandungi sukrosa tidak boleh menyerap terus dalam badan. Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa lalu diserap badan sebagai tenaga.

Kulit kurma yang mengandungi serat, amat baik untuk mencegah barah usus besar kerana ia melawaskan. Sementara kandungan vitamin A dan C amat tinggi dan banyak mengandungi potasium yang diperlukan oleh badan untuk sistem saraf. Memang dalam susu, yogurt dan makanan laut juga mengandungi potasium tetapi jumlahnya sedikit.

 

Pengambilan potasium yang berlebihan tidak mengumpul toksik didalam badan dan tidak memudaratkan. Sebaliknya ia merangsang selera makan bagi yang berpenyakit serta bagus untuk golongan yang mengalami sembelit, lemah otot, sengal-sengal badan, letih, lesu, mengalami tekanan serta menguatkan daya ingatan. Ramai beranggapan hanya kismis yang baik untuk menguatkan ingatan, sebenarnya kurma juga adalah setanding. Mungkin atas alasan pihak-pihak tertentu atau negara pengeluar anggur telah menjalankan kempen makan kismis dan mempopularkan khasiatnya.

Kurma diakui sebagai buah berkhasiat dan sebagaimana Firma Allah s.w.t. dalam surah al-Mukminah ayat 19

“Kemudian Kami tumbuhkan kerananya kebun kurma dan anggur untuk kamu. Disana kamu peroleh buah-buahan yang banyak dan sebahagiannya kamu makan”.

Umat Islam digalakkan berbuka dengan kurma bersandarkan sabda Rasulullah s.a.w. yang mana maksudnya

“Rumah yang tiada kurma seperti rumah yang tidak mempunyai makanan”. Kurma diangkat tinggi oleh Rasulullah kerana mempunyai nilai kandungan makanan yang tinggi.

Disunatkan berbuka dengan kurma kerana orang yang berpuasa tidak makan selama 12 jam.Kurma menyumbang tenaga serta merta kepada si pemakan dan ini memudahkan seseorang beribadat dan menunaikan sembahyang maghrib dan terawih. Apabila badan berasa segar dan bertenaga ia menghalang kita makan berlebihan mengikut nafsu. Kadangkala waktu berbuka kita makan terlalu banyak, tetapi masih letih dan tidak bertenaga. Sebabnya makanan yang diambil kebanyakannya mengandungi karbohidrat tanpa tenaga serta-merta menjadi penyebab apabila selesai makan mata pun mengantuk.

Diriwayatkan oleh Aishah r.a. yang menjelaskan, kurma mengandungi ubat.

“Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan.”

Dikisahkan sewaktu Mariam melahirkan Nabi Isa a.s. dibawah pohon kurma. Telah datang malaikat Jibrail menyuruh Mariam menggegar pohon kurma lantas dimakannya. Dengan izin Allah, ia memudahkan kelahirkan Nabi Isa a.s.

Dalam bidang perubatan dengan ketiadaan kolestrol, lemak dan gula di dalam kurma, ia amat baik untuk meredakan tekanan darah tinggi. Dalam perobatan homeopathy, biji kurma dikisar halus atau dijadikan serbuk seperti teh, direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagi jenis penyakit.

Melalui petua tertentu, kurma dimakan bersama badam dan madu untuk menyembuhkan penyakit. Kurma dikatakan menambah tenaga batin. Jus buah kurma mungkin baru dinegara ini. Dinegara pengeluar selain dimakan segar, kering atau salai, kurma dibuang biji dan diganti dengan kacang tanah, badam atau gajus bagi menambahkan keenakannya. Kurma juga dibuat jem, sirap atau bahan tambahan dalam aiskrim.

Kita seharusnya memakan buah kurma bukan hanya dalam bulan puasa sahaja. Kurma baik dijadikan pengganti makanan ringan yang hanya mengandungi karbohidrat, garam, lemak dan gula berlebihan yang boleh membawa pelbagai jenis penyakit.

Kurma sejenis buah yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, odium, potassium, vitamin A dan C dan juga niasin dan mempunyai khasiat serta nilai yang tinggi dalam dunia perubatan tradisional.

Kurma yang dikenali sebagai Phoenix danctylifera , dari segi saintifik amat berkesan bagi mengubati gangguan usus yang kronik, di mana ketidakserasian dengan gluten, menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna.

Kurma mengandungi sejenis bahan protein serta garam galian yang menghentikan tindak balas luar biasa yang dicetuskan oleh gluten dalam usus kecil. Tindak balas itu jika dibiarkan boleh membawa kepada pengeluaran sel darah putih secara berlebihan.

Selain daripada gangguan usus, jus kurma berkesan untuk mengatasi masalah sembelit. Bagaimanapun minuman ini tidak sesuai diamalkan oleh mereka yang menghidap penyakit diabetis, kerana ia boleh mendatangkan kesan yang lebih serius.

Kurma juga merupakan penawar dalam perubatan tradisional untuk mengatasi masalah insomnia. Bagi mereka yang mengalami masalah batuk, kurma sesuai untuk diamalkan kerana kandungan gula dalam buah kurma bertindak menghilangkan gatal-gatal dalam kerongkong sekaligus menghentikan batuk.

Mengikut pendapat pakar perubatan, buah kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsiumsesuai untuk wanita sama ada semasa hamil atau selepas bersalin.

Kurma membantu mencegah daripada sembelit, lemah otot, sengal-sengal badan, lesu dan barah usus besar, merangsangkan selera makan, menguatkan ingatan dan melawaskan. Di samping menambahkan tenaga seksual, kurma juga boleh digunakan sebagai pencuci mulut.

Khasiat kurma telah terbukti dalam membantu memanaskan badan, mencergaskanotak dan tubuh serta mencergaskan minda dan membantu tumbesaran kanak-kanak. Ia juga membantu melicinkan perjalanan darah dan menghindarkan daripenyakit barah, merawat buah pinggang dan mencuci hati dan membantu mengurangkan pengaliran darah semasa kelahiran


Michael Dell - Founder of Dell Inc.
Michael Dell is the founder of the computer company Dell, Inc. He created one of the most profitable computer companies in the world with annual sales of up to $50 billion American dollars. Dell has also become one of the wealthiest people in the world with a 4th place listing on the Forbes rich Americans list in 2005 with an estimated worth of $18 billion.

Rahsia Kejayaan Azali Azlan

PUTRAJAYA 12 Mac – Pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2007, Azali Azlan percaya kesabaran dan ketekunan belajar menjadi kunci kepada kejayaannya memperoleh keputusan 20 1A dan satu 2A dalam peperiksaan itu.

Menurut anak kelahiran Butterworth itu, sikap tersebut terbukti berjaya membina kekuatan dalaman dalam dirinya bagi menghadapi sebarang cabaran yang mendatang.

‘‘Dalam usaha mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan SPM, saya menghadapi dugaan dan cabaran. ‘‘Sebagai seorang Islam, saya bersabar dengan setiap dugaan kerana setiap kesusahan itu ada kesenangannya,” kata pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Yan, Kedah itu yang bercita-cita mahu menjadi profesor dalam bidang bioteknologi.

Ketika ditemui selepas Majlis Pengumuman Keputusan SPM 2007 oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom di sini hari ini, Azali memberitahu, dia tidak mempunyai jadual belajar yang lengkap seperti sesetengah pelajar lain.

‘‘Saya tidak pernah mempunyai jadual kerana kalau ada jadual saya akan berasa tertekan sebab perlu mengikutinya. Saya belajar apabila saya rasa ada semangat untuk belajar.

‘‘Tetapi semangat itu kita sendiri yang kena merangsangnya selalu,” kata Azali yang turut mendapat Anugerah Tokoh Nilam Kebangsaan 2007.

Azali mendapat 20 1A bagi subjek Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Sains, Kesusasteraan Melayu, Geografi, Bahasa Arab Tinggi, Perdagangan, Prinsip Akaun, Ekonomi, Fizik, Kimia, Biologi, Tasawur Islam, Pendidikan Al-Quran & Sunnah, SyariahIslamiah, Seni Visual dan Pendidikan Islam.
Dia juga mendapat 2A untuk subjek English for Science and Technology.

Dia yang merupakan anak ketiga daripada lima beradik berkata, ayahnya seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Haji Abdul Kadir di Kepala Batas dan ibunya juga seorang guru.

Menurut Azali, ibunya mengajar subjek Kemahiran Hidup dan Katering di Sekolah Menengah Kebangsaan Haji Ahmad Badawi manakala bapanya mengajar subjek Kemahiran Hidup dan Sains Pertanian.

Pelajar cemerlang itu bagaimanapun berkata, keputusannya untuk mengambil 21 mata pelajaran pada SPM 2007 bukan kerana mahu mengatasi rekod SPM tahun-tahun sebelum ini.

‘‘Bagi saya, kalau saya buat untuk memecahkan rekod, ia sebenarnya tidak bermakna apa-apa,” katanya.

Menurutnya, dia mendapat keputusan lima A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan sembilan A dalam Peperiksaan Menengah Rendah (PMR).

Sementara itu, calon yang memperoleh 16 1A iaitu Quek Khai Ren dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Hwa Lian, Mentakab, Pahang berkata, kejayaannya dalam SPM adalah hasil daripada sokongan dan dorongan kedua-dua ibu bapanya serta tunjuk ajar guru.

Semoga rahsia kejayaan Azali Azlan ini menjadi motivasi kepada pelajar-pelajar untuk lebih berusaha dan berjaya dengan cemerlang di dalam peperiksaan.

 



Tawadhunya Rasulullah S.A.W.

Tawadhu’nya ( sifat rendah diri ) Rasulullah S.A.W. terdapat pada ketinggian manshobahnya dan derajatnya, beliau adalah manusia paling rendah diri dan yang tidak mempunyai kesombongan, sesungguhnya Rasulullah S.A.W. mendapatkan dua pilihan antara menjadi Nabi berbentuk raja atau Nabi berbentuk hamba sahaya, maka beliau memilih menjadi berbentuk hamba, maka berkata Malaikat Israfil kepadanya : ” Sesungguhnya Allah telah memberimu dengan sebab engkau berendah diri. Sesungguhnya engkau pemimpin anak Adam pada hari Kiamat, dan pertama memberi syafaat “.

Diriwayatkan dari Abu Umamah, bahwasanya Rasulullah S.A.W. keluar kepada kami memakai tongkat, maka kami berdiri ( menghormati/menyambut ) untuknya. Maka Rasulullah S.A.W. berkata : ” Jangan kamu berdiri sebagaimana orang-orang ajam berdiri, membesarkan ( menghormati satu dengan yang lainnya ). Sesungguhnya aku adalah seorang hamba yang makan sebagaimana hamba sahaya makan, dan aku duduk sebagaimana hamba sahaya duduk “.

Dari tawadhu’nya, Rasulullah S.A.W. mengendarai keledai, menyambangi orang miskin, duduk bersama orang fakir, menjawab undangan hamba sahaya ( budak ) dan duduk bercampur ditengah sahabat-sahabatnya sampai selesai majelis.

Dalam Hadits Umar bin Khathab, Rasulullah S.A.W. berkata : ” Janganlah kamu memujiku secara berlebihan sebagaimana orang Nasrani memuji Nabi Isa bin Maryam. Sesungguhnya saya seorang hamba, maka katakanlah hamba Allah dan Rasulnya. ”

Dari Anas bin Malik, bahwasanya ada satu orang perempuan mempunyai keperluan mendatangi Rasulullah S.A.W. dan berkata : ” Sesungguhnya aku ada suatu keperluan padamu “, maka Rasulullah S.A.W. berkata : ” Duduklah wahai Ummu Fulan “. Kemudian Rasulullah S.A.W. duduk sampai orang tersebut menyelesaikan keperluannya.

Berkata Anas bin Malik, Bahwasanya Rasulullah S.A.W. mengendarai keledai untuk menjawab undangan hamba sahaya, dalam undangannya disediakan roti kering dan kue yang sudah berubah baunya, maka beliau memakannya.

Rasulullah S.A.W. ketika Haji, mengendarai kendaraan dengan memakai selimut yang harganya tidak lebih dari 4 dirham, sambil berkata : ” Ya Allah, jadikanlah hajiku haji yang mabrur tidak terdapat riya didalamnya atau kesombongan “. Dan beliau berkorban pada haji tersebut sebanyak 100 onta dan tatkala dibuka untuknya Makkah ( Fathul Makkah ) beliau memasukinya dengan tentara Muslim dengan menundukkan kepalanya diatas kendaraannya hingga hampir menyentuh kakinya berendah diri ( tawadhu’ ) kepada Allah S.W.T.

Dari sifat rendah dirinya beliau terlihat dalam perkataannya : ” Janganlah kamu membandingkan aku lebih baik dari Yunus bin Matta dan jangan pula kamu sekalian membandingkan aku dengan para Nabi dan janganlah kamu sekalian membandingkan aku lebih baik dari Musa, jika seandainya kejadian yang tertimpa Nabi Yusuf di penjara terjadi padaku, aku akan menjawab permintaan yang memintanya “. Dan beliau berkata kepada yang mengatakan padanya : ” Ya Khairal Bariyyah ( wahai sebaik-baik manusia dimuka bumi ini ) itu adalah Ibrahim A.S. “.

Diriwayatkan dari Aisyah, Imam Hasan dan Abi Sa’id serta lainnya, bahwasanya Rasulullah S.A.W. di rumahnya melaksanakan pekerjaan keluarganya, membersihkan, melipat bajunya, memerah kambingnya, menyapu rumahnya, menjahit sandalnya apabila ada kerusakan, menyiapkan makanan dan minuman untuk hewannya, makan bersama pembantunya, membuat makanan bersamanya dan membawa barang belanjaannya dari pasar.

Pernah datang seorang laki-laki kepadanya, gemetar setelah melihatnya disebabkan haibah Rasulullah S.A.W., berkata Rasulullah S.A.W. kepadanya : ” Tenanglah wahai saudaraku, sesungguhnya aku bukan malaikat, akan tetapi seorang laki-laki yang dilahirkan dari perempuan Quraisy yang makan makanan “.

Dari Abu Hurairah, aku masuk pasar bersama Rasulullah S.A.W. dan beliau membeli satu celana dan berkata kepada penjual : ” Timbang dan hargailah “. Tatkala selesai, si penjual menarik tangan Rasulullah S.A.W. dan menciumnya, Rasulullah menarik tangannya dengan berkata : ” Ini pekerjaan dilakukan orang ajam terhadap raja-rajanya dan aku bukanlah seorang raja, tetapi seorang laki-laki sama denganmu “. Kemudian Rasulullah S.A.W. mengambil celana tersebut, maka aku ( Abu Hurairah ) mendekati Rasulullah S.A.W. untuk membawakan celana tersebut, beliau berkata : ” Pemilik sesuatu lebih pantas untuk membawa miliknya “.

 


Thomas Edison
Thomas Edison, the World Ultimate Inventor.